Buletin

TEMPAHAN SMART #3 KINI DIBUKA – 3 VARIAN, JARAK GERAK 455KM

Bersempena Malaysia Autoshow 2024, smart Malaysia hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk model baharu yang mendarat di pasaran tempatan, smart #3 kini dibuka.

Menurutnya, ia menandakan satu tanda aras yang signifikan bagi smart Malaysia sebagai negara ASEAN pertama menerima tempahan pelanggan smart #3.

smart #3 memperkenalkan 3 varian yang menarik iaitu varian BRABUS, Premium dan Pro yang direka khas untuk pasaran di Malaysia.

Setiap varian menawarkan ciri-ciri unik, dari segi reka bentuk yang unggul hingga kecekapan pemanduan yang dinamik.

smart #3 Premium menampilkan Panoramic Halo Roof, CyberSparksLED+ dengan bantuan lampu adaptif serta Gril Hadapan Bercahaya.

Selain itu, smart #3 juga menambah baik teknologi keselamatan terkini, dengan 23 sensor berketepatan tinggi yang menyokong 21 fungsi ADAS demi memastikan keselamatan pemandu di jalan raya.

Varian seperti BRABUS dan Premium, kedua-duanya menawarkan pengecas AC 22kWj yang terbaik dalam segmennya dengan keupayaan untuk mengecas bateri anda dari 10% hingga 80% dalam masa kurang dari 3 jam.

Dijana oleh bateri NCM 66kWj dan dilengkapi dengan motor 200kW/343Nm yang memacu roda belakang kenderaan, smart #3 menawarkan jarak gerak WLTP sehingga 455km.

Berbeza pula varian smart #3 BRABUS, ia mempunyai daya pecutan 0-100km/j yang mengagumkan dan mencapai Mod Rocket Launch dalam masa 3.7 saat.

Untuk memberi kuasa kepada prestasi luar biasa ini, smart #3 BRABUS dilengkapi kuasa pemanduan dwi-motor dengan pacuan empat roda (AWD) 315kW/543Nm dan memberikan jarak WLTP sehingga 415km.

Pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menerima barangan rasmi smart eksklusif bernilai sehingga RM1,500.

Tawaran terhad ini dikhaskan kepada 333 pelanggan pertama, dengan bayaran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan semula.

Untuk membuat tempahan smart #3, anda boleh berbuat demikian di pengedar rasmi smart yang terdekat atau melalui Aplikasi Hello smart.

GALERI:

Google ads
Back to top button