Buletin

PEMINAT EV PANDU UJI SMART #3, BAKAL DIDEDAHKAN DI MALAYSIA AUTOSHOW 2024

smart Malaysia baru-baru ini telah mengadakan sesi pratonton eksklusif bagi model terbaharunya, smart #3 di ibu pejabat Subang Jaya.

Program yang berlangsung tiga hari tersebut menawarkan pandang pertama dan pengalaman pemanduan smart #3 SUV Coupe kepada peminat EV.

Bertemakan ‘Chase the Thrill’, program ini bertujuan untuk membangkitkan keterujaan di kalangan penggemar EV yang sedang menantikan kedatangan smart #3.

Para hadirin, termasuk rakan media, pemilik EV dan peminat, berpeluang menyelami falsafah reka bentuk di sebalik smart #3, yang direka oleh Ketua Reka Bentuk Mercedes-Benz, Kai Saiber.

Menurutnya, ia mewakili ‘Love‘ untuk daya tarikan yang emosional, ‘Pure‘ komitmen kepada kekemasan, dan ‘Unexpected’ kepada kejutan.

Sepanjang acara berlangsung, hadirin diperlihatkan keupayaan smart #3 ini dari segi pemanduan dan juga penerokaan model smart #3 yang telah diperbaharui.

Sudah pasti keterujaan terus meningkat apabila smart #3 membuat penampilan eksklusifnya di Test Track PROTON untuk ujian pemanduan yang komprehensif.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, “Kami berbesar hati dengan kehadiran peminat dan pemilik EV serta pihak media.”

“Ia memberi kami inspirasi dan kefahaman lebih baik dalam menyaksikan kepelbagaian individu dari pelbagai latar belakang memberi maklumbalas positif mengenai smart #3.”

Kepada anda yang ingin melihat smart #3 lebih dekat, anda dijemput untuk mengunjungi Malaysia Autoshow 2024 di Dewan A2 (Dewan Premium), MAEPS, Serdang pada 22 hingga 26 Mei 2024.

GALERI:

Google ads
Back to top button