Buletin

VPCM UMUM HARGA RASMI VOLKSWAGEN GOLF R CKD – BERMULA RM332K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan penjualan rasmi Golf R pemasangan tempatan pada harga cadangan RM332,990.

Harga tersebut adalah termasuk Pakej Jaminan Volkswagen Assurance Package (VAP) yang merangkumi penyelengaraan, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Golf R dilengkapi dengan “R Performance Package” sebagai standard, merangkumi ekzos titanium Akrapovič, rim aloi Estoril bersaiz 19 inci, spoiler belakang baharu serta mod pemanduan “Drift” dan “Special”.

Mod “Drift” dan “Special” boleh diakses menerusi butang “R” pada stereng yang menawarkan pelbagai mod ubah suai pada rangkaian kuasa serta chasis untuk menyuntik lebih keterujaan ketika memandu.

Dalam mod “Drift”, kuasa tork ditumpukan kepada roda belakang untuk membolehkan kereta mendorong dengan lancar dan secara terkawal.

Sementara, mod “Special” pula mengubah suai tetapan suspensi untuk memberi cengkaman maksimum, sekaligus menjanjikan pengalaman pemanduan yang terbaik.

Secara visual, rangkaian Golf ini dipadakan bersama bampar hadapan dan gril radiator “R” yang diinspirasikan daripada sukan bermotor.

Terdapat tiga pilihan warna iaitu biru signatur (Lapiz Blue), hitam (Deep Black) dan putih (Pure White).

Rekaan dalaman Golf R yang sporty jelas kelihatan menerusi kemasan “R” berwarna kelabu (Carbon Grey), tempat duduk dibalut kulit premium Nappa dengan gayaan “R”, stereng berprestasi “R” bersama lampu latar berwarna biru pada butang kawalan serta paddle shift.

Ciri-ciri baharu lain termasuklah Head-Up Display (HUD) yang dipancarkan ke cermin utama, sistem infohibur Discover Pro bersaiz 10-inci, sistem bunyi Harman Kardon 480-watt, audio dengan 10 unit pembesar suara, pengecasan tanpa wayar dan bantuan lampu tinggi automatik.

Dari segi kuasa, ia dikuasakan oleh enjin turbo 4 silinder 2.0TSI berupaya menghamburkan kuasa sehingga 320PS dan tork 400Nm.

Dengan transmisi klac basah 7-kelajuan DSG, Golf R boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 4.8 saat dan mencatat kelajuan maksimum 250km/j.

Selain itu, aspek keselamatan dan cengkaman dikekalkan menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION serta ‘torque vectoring’ berprestasi tinggi.

Bukan itu sahaja, Golf R disokong oleh teknologi IQ.DRIVE dan sistem bantuan pemandu termaju seperti Bantuan Perjalanan dengan Kawalan Jelajah Adaptif (Travel Assist with Adaptive Cruise Control, ACC), Bantuan Sisi (Side Assist), Bantuan Hadapan (Front Assist), Bantuan Lorong (Lane Assist) dan Bantuan Kecemasan (Emergency Assist).

Golf R akan dipamerkan pada acara Malaysia Autoshow yang berlangsung pada 22 hingga 26 Mei 2024 di MAEPS Serdang.

Turut dipamerkan di ruang pameran Volkswagen yang terletak di Hall 2 ialah Touareg 3.0TSI V6 R-Line 4MOTION baharu dan Arteon 2.0TSI R-Line 4MOTION.

Pelanggan hadir di Malaysia Autoshow akan menerima lebih banyak ganjaran kerana Volkswagen kini menawarkan promosi istimewa iaitu penjimatan sehingga RM36,000. Mereka yang membeli Arteon juga akan menikmati penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun.

Tambahan, pelanggan yang menempah mana-mana model Volkswagen pada acara Malaysia Autoshow berpeluang untuk memenangi percutian mewah, ditanggung sepenuhnya untuk dua orang ke The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh, Perak.

Promosi ini juga ditawarkan ke seluruh negara sehingga 31 Mei 2024.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my

GALERI:

Google ads
Back to top button