
SMART #3 DIPERKENALKAN DI EROPAH, 422HP, HARGA BERMULA RM219K
SUV coupe elektrik Smart #3 membuat penampilan pertamanya di Eropah di IAA Mobility Show selepas mula diperkenalkan di Auto Shanghai April lalu.
Berukuran sepanjang 4,440mm, Smart #3 diletakkan dalam segmen SUV kompak dengan keluaran terhad di Eropah.
Dari segi penampilan, sudah pasti model ini didatangkan dengan pakej istimewa di mana ia tersedia secara eksklusif dalam padanan warna putih serta oren.

Model berkenaan diserlahkan lagi melalui rim 19-inci serta logo khas selain, dilengkapi skrin infotainmen 12.8-inci, instrumen digital 9.2-inci, head-up display 10-inci, upholsteri kulit berwarna hitam dan putih.
Perincian lain termasuklah dimuatkan bersama bumbung panoramik dan sistem audio 13 pembesar suara daripada jenama Beats.
Beralih kepada kuasa, smart #3 dijana oleh motor elektrik tunggal, menghasilkan 268hp dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat serta menawarkan jarak gerak 455km.
Sementara, versi talaan Brabus dipacu oleh motor elektrik berkembar, berupaya menghamburkan 422hp, pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.7 saat dan menyediakan jarak gerak sehingga 435km.
Smart #3 akan dilancarkan di Jerman pada penghujung 2023, dengan pasaran Eropah lain akan menyusul pada awal 2024. Di Jerman, smart #3 boleh dimiliki pada harga sekitar AS$46,987- AS$55,088 (RM219,711 – RM257,591).
GALERI:









- BACA: TEKNOLOGI, PLATFORM SMART #1 TAWAR MOBILITI URBAN PREMIUM
- BACA: GAMBAR INTIP: SMART #1 VERSI BRABUS SEDANG DIUJI. BAKAL TIBA DI PASARAN MALAYSIA TAK LAMA LAGI?
- BACA: REBIU RINGKAS SMART #1: MAMPUKAH TARIK MINAT PEMBELI EV MEWAH DI MALAYSIA?
- BACA: SMART #3 RASMI DILANCARKAN DI CHINA, 4 VARIAN, HARGA BERMULA RM136K