Artikel Pilihan

MERCEDES-BENZ G-CLASS – MENELUSURI SEJARAH 45 TAHUN

Tiada siapa menduga, bahawa model yang dikeluarkan 45 tahun yang lalu terus bertahan sebagai sebuah model off-road yang premium dan juga mewah. Mengikut sejarah dahulu kala, asalnya model ini disasarkan hanyalah sebagai kenderaan tentera sahaja dengan keupayaan off-road yang bukan kepalang.

Kerja – kerja pembangunan model G ini dimulakan di Graz Austria pada tahun 1979 setelah beberapa tahun menjalani proses pembangunan diantara Diamler-Benz dan Stery-Daimler-Puch dengan Jurutera yang berada di Stuttgart bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan juga menjalankan ujian.

Tahukah anda bahawa sekitar tahun 1980, model G-Class generasi pertama dengan kod W460 berdasarkan varian cabriolet 230 G turut dijadikan sebagai PopMobile ketika Sang Pendeta melawat Jerman ketika itu.

Malah, generasi pertama ini turut pernah dijelmakan sebagai model Puch G dan juga Puch 290 GD melalui Steyr Daimler, sebuah perusahaan kenderaan yang berpusat di Graz Austria. Malah ianya juga pernah dijadikan sebagai kenderaan ketenteraan oleh Kerajaan Perancis bagi menghasilkan model P4 hasil usahasama diantara Peugeot dan juga Mercedes-Benz.

Tahukah anda bahawa generasi pertama ini tidak pernah di bawa masuk secara rasmi ke pasaran Amerika Syarikat atas faktor persepsi masyrakat di sana yang beranggapan bahawa jenama Mercedes-Benz ini hanya layak untuk sebagai sebuah model mewah dan bukannya sebagai model utiliti lasak sebegini. Namun ianya tetap dibawa masuk ke sana melalui grey importer dan mengubahsuai untuk memenuhi citarasa penduduk di sana.

Generasi kedua W461 pula diperkenalkan dengan produksi bermula pada tahun 1992 dan tamat sehingga 2022. Tiada perubahan yang ketara malah masih lagi menggunakan pelantar yang sama dengan sasaran penggunaannya masih lagi untuk kenderaan ketenteraan. Sungguh pun demikian, Mercedes-Benz tetap mengeluarkan model untuk kegunaan umum dengan jumlah unit yang terhad.

Mercedes-Benz kemudiannya bertindak bijak apabila mula mengasingkan model ketenteraan dengan umum apabila memperkenalkan model W463 dengan pembaharuan meliputi penampilan yang lebih mewah dan premium bermula tahun 1990. Malah kemasan kulit upholsteri turut mula diperkenalkan ketika ini.

Untuk keselesaan dan keselamatan, sistem brek ABS turut dipasang untuk menjadikannya lebih premium kepada pembeli ketika itu disamping sistem pacuan empat roda.

Dan ini adalah kemuncak populariti yang diraih oleh G-Class ini apabila Mercedes-Benz mula memberikan pelbagai lencana seperti AMG, malah mereka juga memperkenalkan varian Mercedes-Maybach G 650 Landaulet yang cukup kelihatan super duper premium.

Malah kegilaan Mercedes-Benz tidak terhenti setakat itu, mereka mengeluarkan pula varian Mercedes-Benz G63 AMG 6×6 dengan jumlah penghasilannya dikhabarkan hanya setakat 160 unit sahaja. Memang nampak jahat betul varian yang ini.

Generasi berikutnya pula mula diperkenalkan pada tahun 2018, juga masih mengekalkan rupa bentuk yang berkotak dan retro itu dengan perubahan yang cukup minima meliputi pertambahan kelebahan 121 mm dan panjang 53 mm. Malah titik kelegaan bumi juga bertambah 6 mm. Perubahan minima ini diperlukan untuk memenuhi regulasi pejalan kaki EU 2019 untuk impak bagi bahagian  crumple zone.

Sementelah pengumuman penamatan generasi W463 dibuat pada suku pertama 2024 yang lalu, Mercedes-Benz terlebih dahulu memperkenalkan model G-Class W464 terbaharu mereka termasuklah pengenalan varian EQ Technology serba baharu.

BACA : MERCEDES-BENZ G63 AMG – SIAPA BILANG G-CLASS INI TIADA LENCANA AMG?

BACA : MERCEDES BENZ G300 CDI, G-CLASS VERSI PIKAP DI AUSTRALIA

Google ads

B K

Back to top button