,
Buletin

TEMPAHAN TOYOTA RAV4 KINI DIBUKA. 2 VARIAN, BERMULA RM204K

UMW Toyota Motor mengumumkan akan mula mengambil tempahan bagi model yang dinobat sebagai pemenang Japan Car of the Year 2019, Toyota RAV4 bermula 10 Jun 2020.

Dengan rekaan baru sepenuhnya, Toyota RAV4 kini menawarkan pemanduan yang selamat, selesa, berkuasa dan ketelitian sebuah Sport Utility Vehicle (SUV) premium.

Dua varian ditawarkan iaitu 2.5L dan 2.0L dengan harga atas jalan sebelum harga baru dengan pengecualian cukai jualan sekitar RM223,880 dan RM203,880 seunit.

Senarai harga yang dikemaskini akan diumumkan tidak lama lagi. Selepas mengambil kira pengecualian cukai jualan, jentera itu dijangka dijual pada harga RM215,700 dan RM196,500.

Sudah memasuki generasi kelima, Toyota RAV4 dibangun di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA) dan menggunakan Dynamic Force Engine.

SUV Premium itu juga didatangkan dengan ciri keselamatan maju Toyota Safety Sense. Ia terdiri daripada Sistem Pra-Perlanggaran, Amaran Penukaran Lorong dengan Bantuan Stereng, Bantuan Pengesanan Lorong dan Kawalan Melayar Radar Dinamik untuk semua kelajuan serta Lampu Tinggi Automatik.

RAV4 dilengkapi pintu belakang dengan sensor gerak kaki dan beberapa ciri lain yang menjadikan penawarannya sebagai yang terbaik dalam segmen SUV mesra penumpang.

Toyota RAV4 serba baru datang dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan. Maklumat lanjut berkaitan Toyota RAV4 serba baru, layari laman web toyota.com.my

Tags
Google ads
Back to top button