Buletin

PASUKAN F1 MERCEDES JALANI LATIHAN DENGAN PROSEDUR COVID-19 DI LITAR SILVERSTONE

Mercedes menjadi pasukan Formula Onepertama menjalani sesi latihan ketika pandemik Covid-19 yang melanda dunia dilihat masih belum reda.

Pemandunya, Valtteri Bottas dilapor melengkapkan satu pusingan di litar Silverstone, Selasa lalu selepas ujian pra musim pada Februari lalu.

Pasukan juara bertahan itu diberi masa selama dua hari untuk melakukan sesi ujian latihan. Bottas dikatakan memandu jentera 2018 serta telah mengelilingi litar yang bakal menganjurkan dua perlumbaan iaitu British Grand Prix dan 70th Anniversary Grand Prix pada Ogos depan.

Sesi berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada pasukan berhubung prosedur keselamatan baharu F1 dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

F1 dijadual memulakan perlumbaan musim baharu secara tertutup di Grand Prix Austria pada 5 Julai depan.  

Bagaimanapun, sesi ujian berkenaan tidak memberi kelebihan kepada pasukan Mercedes kerana tidak dapat menggunakan alat-alat ganti baharu untuk jentera 2020.

Mercedes turut berkongsi gambar jentera serta kru pasukan di dalam garaj menggunakan pelitup muka serta mengamalkan penjarakan sosial. – espn

Google ads
Back to top button