Motosikal

HONDA ADV160 ROADSYNC KINI DI MALAYSIA – RM13,649

Boon Siew Honda (BSH) telah pun melancarkan Honda ADV160 Roadsync untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM13,649. 

Pelancaran ADV160 Roadsync menyaksikan buat kali pertama skuter adventure paling kecil dalam keluarga ADV itu dilengkapi dengan skrin TFT 5-inci yang dipadankan bersama sistem Honda Roadsync. 

Menerusi sistem Roadsync, ADV160 kini boleh disambungkan ke telefon pintar dan mengakses pelbagai ciri termasuk sistem navigasi, jawab panggilan, mendengar muzik dan menerima notifikasi. 

Menggerakan ADV160 Roadsync ini masih lagi enjin satu silinder 157cc dengan eSP+ yang berupaya menjana 15.8hp pada 8,500rpm dan 14.7Nm pada 6,500rpm. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • HSTC
  • ABS
  • penghadang angin boleh laras
  • lampu LED penuh
  • smartkey
  • USB Type-C
  • ruang barangan 30L
  • jarak gerak 350km dengan tangki penuh

Sementara itu, BSH turut menawarkan varian standard yang ditawarkan dengan harga RM13,249. Versi standard ini masih lagi menawarkan meter digital LCD. 

Google ads
Back to top button