Buletin

TESLA PERKENALKAN CIRI BAHARU ‘CHARGE ON SOLAR’

Tesla baru-baru ini memperkenalkan ciri baharu iaitu ‘Charge On Solar’ di mana ia berfungsi sebagai penukar tenaga suria kepada kuasa bateri kenderaan.

Menurut Tesla, untuk memanfaatkan ciri baharu ini, pengguna memerlukan kenderaan Tesla dengan perisian versi 2023.26 atau lebih tinggi dan Tesla Powerwall dengan perisian versi 23.12.10 atau lebih tinggi.

Langkah seterusnya, pengguna hanya perlu membuka aplikasi Tesla (versi 4.22.5) dan kemudian tekan ‘Charge On Solar’. Aplikasi kemudian akan meminta pengguna untuk menetapkan pilihan had serta lokasi caj .

Secara ringkasnya, ia membolehkan pengguna menarik hanya sebanyak yang mereka mahu dari grid sebelum menambah dengan solar sahaja.

Setelah beralih kepada pengecasan solar, kenderaan akan memantau situasi pengecasan dalam masa nyata dan melaraskan tahap pengecasan setiap sepuluh saat mengikut keperluan.

Selain itu, pengguna juga boleh menjadualkan bila hendak menggunakan pengecasan solar atau sebaliknya.

Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya buat masa ini, ciri baharu hanya berfungsi melalui Tesla Powerwall tetapi mereka yang menggunakan bateri pihak ketiga tidak boleh memanfaatkan ‘Charge On Solar’ buat masa ini.

Google ads
Back to top button