TESLA KINI BERNILAI RM878 BILION. KALAHKAN TOYOTA, COCA-COLA DAN DISNEY
Tesla telah mengenepikan Toyota untuk menjadi pengeluar kereta paling bernilai selepas memasuki pasaran saham 10 tahun lalu.
Sahamnya naik lima kali ganda dalam tempoh setahun dari AS$230 (RM985) kepada AS$1,100 (RM4,714). Sekali gus menjadikan modal pasarannya mencecah AS$205 bilion (RM878.8 bilion).
Toyota yang merupakan pengeluar kereta kedua terbesar di dunia dengan pengeluaran lebih 10 juta unit setahun dianggarkan bernilai AS$200 bilion (RM857 bilion) selepassahamnyajatuh 1.5 peratus kepada AS$61 (RM261) pada Rabu lalu.
Jika dibandingkan dengan Tesla, Toyota menjual 30 kali lebih banyak tahun lalu dan perolehannya pula 10 kali ganda lebih tinggi.
Kenaikan mendadak saham Tesla membuatkan ramai penganalisis bingung, sedangkan ia hanya menghasilkan 500,000 unit kenderaan pada tahun ini dan tidak mencatat keuntungan.
Pada Mei, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk sendiri pernah menyatakan saham syarikatnya adalah terlalu tinggi (pada ketika itu AS$755 atau RM3,256).
Tesla mengakhiri tahun 2019 dengan jualan hanya AS$24.6 bilion (RM105.5 bilion) dengan menyerahkan sebanyak 367,200 unit kepada pelanggan. Biarpun begitu, para pelabur tetap teruja dan percaya ia mampu mendominasi pasaran kereta elektrik pada masa depan.
Penilaian terkini itu juga membuatkan Tesla lebih bernilai berbanding Coca-Cola, PayPal, Disney, Cisco dan Exxon Mobil.
- BACA: TERSILAP PESAN 27 TESLA MODEL 3 BERNILAI RM6.7 JUTA, LELAKI KENA BAYAR RM12.4K UNTUK BATALKAN TEMPAHAN
- BACA: SILAP TEKAN PEDAL, TESLA MODEL 3 MASUK DINDING PASARAYA
- BACA: HARGA SAHAM TESLA NAIK, MUSK LAYAK TERIMA HABUAN RM2.98 BILION!
- BACA: TEKNOLOGI KOMPUTER – TOYOTA DAN VW KETINGGALAN 6 TAHUN BERBANDING TESLA