Buletin

SILAP TEKAN PEDAL, TESLA MODEL 3 MASUK DINDING PASARAYA

Kalau timbul laporan kemalangan melibatkan Tesa Model 3, mungkin ramai yang beranggapan ia disebabkan oleh ciri Autopilot. 

Memang betul, sistem pemanduan semi-autonomi Tesla itu memang terkenal dengan masalah. Malah ada yang maut kerana sistem itu yang gagal berfungsi seperti yang diharapkan.

Namun, apa yang berlaku pada Model 3 berwarna merah ini tiada kena mengena dengan Autopilot. Insiden yang berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Myrtle Beach, South California itu adalah disebabkan oleh kesilapan pemandun sendiri. 

Mujur tiada yang cedera. Menurut agensi berita tempatan, WMBF News, pemandu mendak dia tersilap tekan pedal minyak ketika hendak memarkir. Akibatnya, Tesla Model 3 itu terus terperosok menembusi dinding. 

Pasukan penyelamat dapat mengeluarkan pemandu tanpa sebarang masalah. Dinding yang ditutup dengan papan lapis meninggalkan lubang yang besar. Pihak insurans telah dimaklumkan mengenai perkata tersebut dan pemandu  perlu membayar premium lebih tinggi selepas ini. 

Insiden itu juga secara tidak langsung menunjukkan Model 3 sebuah kereta yang cukup selamat.

Jadi, tidak hairanlah jika kereta elektrik berkenaan menerima penarafan kima bintang daripada pihak Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Lebuh Raya Nasional Amerika Syarikat. 

Google ads
"
"
Back to top button