Buletin

TESLA BANKRAP & APRIL FOOL – TESLA SEBENARNYA MEMANG HADAPI MASALAH KEWANGAN SERIUS

1 April lalu, CEO Tesla, Elon Musk membuat “prank” dengan memuatnaik status twitter dengan mendakwa bahawa syarikat kereta elektrik itu akan bankrap. Tapi disebabkan ia diumumkan pada April Fool, tak ramai yang tertipu pun.

Tapi di sebalik kenyataan lucu itu, Tesla sebenarnya memang sedang menghadapi masalah kewangan. Menurut laporan Bloomberg, Tesla Motors sedang beroperasi dengan tanggungan hutang lebih USD$10 billion (RM38b).

BACA: PEPSI TEMPAH 100 UNIT TRAK TESLA

Produksi Model 3, model yang diharap untuk membolehkan syarikat ini membuat untung besar jauh tersasar dari jadual asal. Di sebabkan perjalanan syarikat ini masih panjang dan pelaburan besar sentiasa diperlukan, Tesla sedang menghadapi masalah kewangan agak serius. Masing-masing perlu mengikut jadual yang ditetapkan atau berdepan dengan masalah yang lebih kritikal.

Jumlah hutang ini agak merunsingkan pelabur.

“Nampak gayanya, tak lama lagi mereka perlu membuka pasaran modal,” ujar Bruce CLark, pengalisis kredit di Moody’s Investors Service. 

Syarikat kereta elektrik terbesar dunia tersebut perlu membayar hutang sebanyak USD$1.2 billion (RM4.6 billion) untuk 12 bulan akan datang. Kedudukan kredit Tesla juga telah dipotong selepas gagal menepati tarikh produksi Model 3.

BACA: HONDA ACCORD DENGAN MOTOR ELEKTRIK TESLA

Dengan kos operasi kira-kira USD$6,500 seminit(RM25,000), Tesla dijangka akan kehabisan wang sebelum akhir tahun ini.

Pun begitu, Elon Musk terkenal dengan kebolehannya meyakinkan pelabur. Tesla dijangka tiada masalah dalam meneruskan operasinya. Namun banyak pihak melihat, ia akan menjejaskan beberapa operasi hiliran syarikat juga.

Walaupun Tesla tidak akan bangkrap tetapi pada keadaan sekarang, mereka perlu membuat tindakan yang bijak.

 

 

 
 
 
Google ads
Back to top button