
KILANG TESLA AKAN BEROPERASI 24 JAM TANPA HENTI UNTUK PENUHI PERMINTAAN MODEL 3
Ia adalah sebuah kereta elektrik paling laris dengan permintaan luar biasa. Tesla sudah menemui resepi kereta elektrik yang bagus menerusi Model 3 tetapi apa yang tidak mereka jangka ialah proses pengeluarannya jauh lebih perlahan berbanding permintaan.
Menjelang berakhirnya suku pertama tahun ini, Tesla sepatutnya sudah mengeluarkan secara konsisten Model 3 sebanyak 2,500 unit seminggu. Namun, semakin hampir kepada tarikah akhir, mereka masih belum mampu mencapai pengeluaran 2,000 unit pun.
BACA: TESLA HADAPI MASALAH KEWANGAN SERIUS
Minggu lepas, pengeluaran di kilang Tesla di Fremont California telah ditangguhkan empat ke lima hari berikutan naiktaraf sistem automasi. Para pekerja diberi cuti rehat kerana pada jangkaan Tesla, mereka akan menggandakan pengeluaran ke kapasiti maksima.
Menurut sumber lain, Tesla mensasarkan pengeluaran sehingga 6,000 unit seminggu menjelang bulan Jun nanti. Syarikat itu juga akan menambah 400 kakitangan bagitujuan tersebut dan dikatakan juga kapasiti di kilang Fremont dan Gigafactory Nevada juga akan mencapai operasi sepenuh masa 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.