Buletin

THAILAND NEGARA PALING BAHAYA UNTUK MEMANDU SELEPAS AFRIKA SELATAN

Zutobi, laman web pendidikan pemandu yang berpangkalan di AS mendedahkan bahawa Thailand mendapat markah yang teruk dalam lima kategori kemalangan berbeza.

Kategori yang dimaksudkan adalah anggaran kadar kematian jalan raya, had maksimum lebuh raya, kadar pemakaian tali pinggang keledar dan pengaruh alkohol.

Dari laporan kementerian pengangkutan, terdapat 32,190 kemalangan jalan raya berlaku pada 2020 dan 2021 melibatkan trak pikap. Manakala dalam laporan yang sama, motosikal cuma menyumbang peratusan yang kecil.

Kebanyakan kes kemalangan berlaku yang adalah melibatkan trak pikap (37%), kenderaan persendirian awam (27%), motosikal (20%), manakala lori sekurang-kurangnya 10 roda dan lori enam roda masing-masing menyumbang kepada lapan dan enam peratus.

Faktor jalan raya juga menjadi punca kemalangan meningkat. Antara jenis jalan raya menjadi punca kemalangan adalah:

  • Jalan lurus ke hadapan tanpa cerun (70%)
  • Selekoh tanpa cerun (13%)
  • Selekoh dengan cerun (8%)
  • Persimpangan jalan raya (1%)

Antara jenis-jenis kemalangan yang sering terjadi adalah:

  • Terbalik atau terbabas di jalan lurus (43%),
  • Rempuh dari belakang (31%)
  • Melanggar had laju (78%)

Dalam laporan tersebut, Afrika Selatan dikategorikan lokasi memandu yang paling berbahaya, dengan Thailand di tempat yang kedua, dan AS di tempat ketiga.

Google ads
Back to top button