
PERODUA ALZA 2022, SKOR 5 BINTANG UJIAN KEMALANGAN ASEAN NCAP
Serentak dengan pelancarannya pada 20 Julai yang lepas, Perodua telah mengumumkan keputusan ujian perlanggaran yang dinilainoleh badan penilai ASEAN NCAP
Dalam ujian tersebut, Perodua Alza X iaitu varian terendah yang ditawarkan berjaya mencatatkan keputusan 5 bintang setelah dinilai dengan protokol ujian 2021-2025 yang terkini
Bagi penilaian pertama iaitu ujian ketahanan cesi dan perlindungan penumpang dewasa yang melibatkan perlanggaran dengan penghadang aliminium, perlanggaran sisi dan perlindungan kepala Perodua Alza mendapat 36.2% markah daripada 40
Alza juga memperolehi 16.88% markah daripada 20% bagi perlindungan kanak kanak dengan markah penuh bagi kemalangan dari arah depan dan sisi. Namun Alza tidak dipasang dengan sensor bagi mengesan kehadiran kanak kanak menyebabkannya hilang 2 markah
Untuk kategori ke 3 iaitu Teknologi Pencegahan Kemalangan, Alza mendapat skor 18.57% daripada 20% dengan mendapat skor penuh bagi sistem brek (AEB & ESC), brek kecemasan automatik, Lane Departure Warning Systems, Lane Keep Assist dan Forward Collision Warning System.

Untuk bahagian terakhir iaitu Motorcyclist Safety, Alza mendapat skor 10% sahaja daripada 20%. Alza X gagal mendapat skor penuh kerana tidak dipasang dengan kamera 360 darjah dan juga apa apa teknologi yang canggih bagi menghalang kemalangan yang lain seperti Blind Spot yang akan mengaktifkan sistem brek
Secara keseluruhan Perodua Alza X mendaat skor 81.64% dalam ujian yang dijalankan oleh ASEAN NCAP. Anggaran kami jika Alza AV dengan sistem kamera 360 darjah diuji, ia akan mendapat skor 86.65. Sebagai perbandingan, Toyota Veloz telahpun diuji dengan protokol ujian yang sama dengan memperolehi markah 80%
Ini menunjukkan Perodua Alza lulus dengan markah yang lebih tinggi sedikit berbanding kembarnya Toyota Veloz sebanyak 1.64%. Keadaan ini adalah disebabkan sistem brek kecemasan yang dipasang pada Alza mampu mengesan pejalan kaki pada semua varian yang dijual.



