Buletin

SEPANJANG TAHUN 2019, HANYA SEORANG MAUT DALAM KEMALANGAN DI OSLO

Hanya seorang individu dilapor meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Oslo, Norway sepanjang tahun 2019. 

Buat pertama kali juga tidak ada kanak-kanak berusia bawah 16 tahun yang maut dalam kemalangan di Norway sepanjang tempoh sama. Menurut laporan akhbar tempatan, Aftenposten jumlah kematian kedua terendah adalah pada tahun 2017 dengan tiga orang. 

Angka daripada Pentadbiran Jalan Raya Awam Norway menunjukkan dalam tempoh 50 tahun, jumlah kematian akibat kemalangan turun secara drastik, daripada 41 orang pada tahun 1975.

Norway merekodkan jumlah kematian akibat kemalangan paling rendah di Eropah pada tahun 2017 dengan 20 kemalangan daripada setiap satu juta orang. 

Sebagai perbandingan 126 muat di London pada tahun 2019, bertambah 22 orang berbanding tahun 2018. Biarpun begitu, UK disifatkan sebagai salah satu negara paling selamat dalam Kesatuan Eropah (EU) dari segi kemalangan trafik dengan 30 kematian bagi setiap sejuta orang. 

Negara paling berbahaya di EU pula ialah Bulgaria dan Romania dengan purata 90 kematian bagi setiap sejuta orang. 

Pada tahun 2002, kerajaan Norway memperkenalkan Vision Zero sebagai sebahagian daripada pelan pengangkutannya bagi tahun 2018-2029. Vison Zero menjadi asas kepada semua kerja-kerja keselamatan jalan raya di Norway dan bertujuan membina satu sistem pengangkutan di mana tiada orang terbunuh atau cedera parah dalam kemalangan. 

Sasaran itu dicapai dengan menurunkan kelajuan purata dan meningkatkan jumlah kereta yang memiliki pelbagai ciri keselamatan di pasaran. 

Di Oslo, pihak berkuasa memperkenalkan halangan-halangan di zon memandu terutama di tengah bandar. Malah, ia mula memperkenalkan laluan berbasikall bersepadu untuk menggalakkan orang ramai menunggang basikal dan motosikal berbanding memandu kereta. 

Pendekatan Vision Zero yang berjaya kemudian ditiru oleh negara EU lain, termasuklah UK. Datuk Bandar London, Sadiq Khan misalnya meletak sasaran 80 peratus perjalanan di bandaraya itu adalah bebas kereta menjelang tahun 2041. 

sumber: The Independent

Google ads
Back to top button