Artikel Pilihan

KENAPA KERETA WAJIB REMUK BILA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN?

Netizen mmang suka mengkritik benda yang di luar bidang dan kefahaman mereka, barulah nampak acah acah pandai. Tapi sayangnya kritikan tersebut adalah kosong. Terbaru netizen mengkritik sebuah kereta baru yang dilancarkan dan digunakan oleh pemandu baru tetapi terlibat dalam satu kemalangan.

Dalam kejadian yang berlaku di satu persimpangan jalan, sebuah Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 18 tahun telah keluar melulu daripada simpang jalan, melanggar sebuah SUV Hyundai (mungkin Santa Fe) dan menyebabkan SUV tersebut hilang kawalan

Akibatnya SUV tersebut terbabas dan melanggar Perodua Alza yang menunggu giliran untuk masuk ke simpang jalan tersebut. Punca kemalangan dia mudah sahaja, pemandu umur 18 tahun yang gopoh keluar dari simpang.

SUV pula memiliki pusat graviti yang tinggi, sebarang impak kemalangan pada cesi akan menyebabkannya mudah terbabas. Yang menjadi mangsa keadaan dan tidak bersalah langsung ialah Perodua Alza 2022. Takziah kami ucapkan dan moga bersabar sementara kereta dibaiki

Izinkan kami menerangkan serba sedikit mekanisme kemalangan yang terjadi:

1. Berat Hyundai Santa Fe adalah sekitar 1600-1700kg, ia merupakan musuh utama dalam kemalangan kerana berat yang tinggi serta cesi Santa Fe yang tinggi akan menyebabkan kenderaan yang dilanggar oleh Santa Feakan mengalami kerosakan yang teruk

Berat yang tinggi akan menghasilkan momentum yang besar dan akan dipindahkan kepada kereta yang dilanggar semasa impak kemalangan berlaku. Perodua Alza AV yang terlibat dalam kemalangan tersebut pula hanya memiliki berat sekitar 1170kg sahaja.

Tambahan pula ketika impak, Alza tidak membawa momentum bersamanya kerana sedang berhenti. Jadi ini menerangkan kenapa Alza mengalami kerosakan teruk pada bahagian depan berbanding dengan Santa Fe

Dengan andaian kemalangan berlaku pada simpang, halaju Santa Fe ketika itu MUNGKIN adalah sekitar 70km/jam, menjadi 60 ketika impak Proton Saga dan 50 ketika melanggar Alza. Kita boleh mengira momentum dengan mendarab berat kenderaan dengan halaju. Besar jugak ni

2. Jenis kemalangan sebegini bukanlah kemalangan head on collision (depan bertemu depan) tapi lebih kepada small overlap crash (bucu bertemu bucu). Kemalangan sebegini sebenarnya lebih teruk kerana suspension tower (bahagian yang menempatkan penyerap hentak) bukanlah bahagian yang kuat untuk menerima impak

Tapi Alza membuktikan bahawa, awalaupun ia dihentam pada bahagian bucu, ia masih mampu menahan impak dan memindahkan impak kemalangan jauh daripada pemandu. Buktinya pemandu masih lagi selamat, Tiang A tidak terjejas dan cermin depan tidak pecah.

3. Semua kereta yang dihasilkan dan dijual pada negara yang mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa akan memastikan mereka lulus dalam ujian kemalangan dan mengurangkan kecedaraan pada pemandu. Bagi memastikan objektif ini dicapai, kereta akan direka dengan menggunakan 2 bahagian

1 bahagian direka dengan lembut supaya menyerap impak kemalangan dan satu bahagian direka dengan keras supaya melindungi penumpang daripada impak. Bahagian yang lembut biasa digunakan pada panel badan, supaya ketika kemalangan bahagian ini bertindak sebagai span atau brek.

Apabila lembut sedikit, impak kemalangan akan mengambil masa yang lebih lama untuk berlaku. Sebagai contoh jika kemalangan berlaku dalam masa 0.003 saat, mungkin bahagian lembut atau crumple zone ini akan menjadikan masa kemalangan menjadi lebih panjang katakanlah 0.3 saat

Penambahan masa ini menyebabkan impak kemalangan akan diserap oleh panel badan bukan pemandu atau penumpang. Jadi adalah normal untuk anda melihat panel badan kenderaan remuk teruk selepas kemalangan tapi pemandu langsung tidak cedera

4. Tapi tak semua impak kemalangan tadi akan diserap oleh crumple zone, ada juga yang akan terlepas masuk. Disinilah kepentingan zon yang lebih keras terutama di kabin penumpang. Sebab itulah kerangka cesi akan dihasilkan dengan keluli yang lebih kuat, tidak remuk atau ranap ketika impak

Bagi mengelakkan lagi impak tersebut sampai pada pemandu, sistem beg keselamatan udara akan diaktifkan dengan serta merta. Ia bertujuan melindungi pemandu sekiranya mereka terdorong ke depan dan melindungi mereka daripada menghentam cesi, pepan pemuka dan stering

Tapi ingat, semua teknologi ini tidak berguna jika anda tidak memakai tali pinggang keledar keselamatan. Sistem tali pinggang keledar tadi akan ditambat pada cesi dan memastikan tubuh pemandu tidak terpelanting semasa impak terjadi.

Jadi anda sudah faham kenapa kereta akan remuk semasa kemalangan terjadi, atau anda lebih suka kereta tidak rosak tapi semua impak kemalangan dipindahkan pada tubuh anda sehingga anda mengalami cedera di bahagian dalaman dan organ?

-kredit pada Tecer Reen pemilik asal gambar ini

Google ads
Back to top button