Buletin

BARU DAPAT 2 HARI, PERODUA ALZA KEMALANGAN DI TAMPIN. PEDIH MAT…

Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) serba baharu, Perodua Alza yang baru dilancarkan dua minggu lalu terbabit dalam nahas empat buah kereta di Kilometer 36 Jalan Tampin Gemas, Jalan Kampung Sungai Dua di sini semalam.

Difahamkan, kenderaan baharu berkenaan milik seorang guru perempuan berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Abd. Wahab berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 5.55 petang membabitkan Perodua Alza yang baru sahaja digunakan dua hari, Perodua Kancil, Proton Saga dan kereta Hyundai.

Hasil siasatan awal mendapati, pemandu Alza dari Gemencheh hendak ke Bukit Jalor Air Kuning Selatan telah berhenti di simpang Jalan Kampong Sg Dua- Air Kuning Selatan bersama sebuah kereta Perodua Kancil di belakangnya untuk masuk simpang yang sama.

“Sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 18 tahun terus keluar dari simpang iaitu dari arah Air Kuning Selatan ke arah Gemas berlanggar dengan sebuah kereta jenis Hyundai yang melalui jalan utama iaitu dari arah Gemas ke Tampin.

“Kejadian berkenaan menyebabkan pemandu Hyundai hilang kawalan dan melanggar Alza yang menunggu untuk membelok sehingga kemalangan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Anuwal berkata, pemandu Perodua Kancil mengalami luka di kepala dan mendapat rawatan di Hospital Tampin sebagai pesakit luar. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button