
TIPS BALIK KAMPUNG EXTRA KONFIDEN PADA HARI RAYA KALI INI
Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pastinya, sambutan kali ini lebih meriah dan ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman.
Walaupun majoriti daripada kita akan memandu untuk pulang ke kampung, namun masih ramai yang kurang peka dengan aspek keselamatan ketika berada di atas jalan raya.
Antara perkara yang sering dipandang ringan adalah kondisi tayar kenderaan. Sedangkan tayar merupakan komponen penting apabila kita perlu menempuh perjalanan yang jauh dan panjang.
Jadi, apa kata anda periksa dahulu tayar kenderaan sebelum pulang ke kampung. Periksa dari segi tahap tekanan angin, bunga tayar dan kondisi sama ada ‘bengkak’ atau sebaliknya. Sekiranya tayar sudah botak dan tidak boleh diselamatkan lagi, ia perlu ditukar segera.
Pening pula nak pilih kerana terlalu banyak jenama tayar di pasaran? Jangan bimbang kerana Continental kini sedang mengadakan kempen Ekstra Konfiden Balik Kampung dengan Total Confidence Plan (TCP).

Bermula 1 April hingga 30 Jun 2023, kempen TCP merupakan satu pakej jaminan dan servis tayar yang komprehensif. Tayar yang layak akan dilindungi dengan jaminan bahaya di atas jalan raya selama 12 bulan bermula tarikh pembelian.
TCP menawarkan perlindungan dan penjimatan tambahan seperti berikut:
- Penggantian tayar 1 to 1
- Untuk tayar kenderaan penumpang jenama Continental sahaja
- Melibatkan saiz 14 inci dan ke atas
- Perlindungan bahaya jalan raya selama setahun
- Melibatkan lebih 100 pengedar Continental di seluruh negara
- Penyelesaian mudah untuk tuntutan
- Aplikasi yang mudah digunakan dengan tiga langkah sahaja: imbas, periksa dan kemas kini
Lebih menarik lagi, anda hanya perlu membeli minimum dua unit tayar di pengedar Continental yang mengambil bahagian untuk jaminan tambahan TCP serta menerima pulangan tunai dalam bentuk e-baucar Touch ‘n GO eWallet sehingga RM200 sempena kempen ini.
Sebagai contoh, pelanggan yang membeli dua unit tayar bersaiz 18 inci dan ke atas akan menerima e-baucar sebanyak RM100 dan RM200 jika beli empat unit tayar.
Pelanggan yang membeli dua tayar bersaiz 16 dan 17 inci pula akan diberi e-baucar bernilai RM50 dan RM120 jika membeli empat unit tayar.
Sekiranya membeli dua unit tayar bersaiz 14 dan 15 inci, anda layak menerima baucar e-baucar Touch ‘n GO eWallet sebanyak RM20 dan RM50 untuk empat unit tayar.

Hah, tunggu apa lagi? Inilah masa terbaik untuk membeli dan menukar tayar sedia ada kepada Continental.








