
ELAK KEKELIRUAN, BMW LARANG PENGEDAR KERETA TERPAKAI DI SCOTLAND GUNA NAMA ‘MINI WORLD’
Pengedar kereta di Scotland, Bridgend Motor Group of Kilmarnock dilarang oleh BMW menggunakan nama MINI World untuk perniagaan kereta terpakainya.
BMW, syarikat induk jenama MINI berkata, ia bukan pengedar MINI yang sah serta boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
Selepas dihalang oleh BMW, pengedar itu akhirnya mengalah dengan bertindak menutup papan tanda menggunakan emoji dan menggelarnya sebagai ‘iNi World’.

“Nampaknya, kami tidak dibenarkan menggunakan perkataan MINI sedangkan kami menjual MINI terpakai,” tulis pengedar itu di halaman Facebooknya.
“Apa pun, kami memohon maaf atas kesilapan kami. Bagi mengelakkan keraguan, kami menjual MINI terpakai dan pastinya bukan peniaga MINI. Kami jauh lebih murah!
“Kami tidak pernah menyangka ia akan menjadi satu isu, perniagaan kecil khusus dalam MINI terpakai di sebuah bandar kecil seperti Kilmarnock,” kata Pengurus Jualan Mark Hawthorn yang mengakui isu terbabit menarik perhatian di media sosial seluruh dunia.
“Berapa ramai lagi pakar MINI terpakai ada di UK? Yang pasti, mereka juga menggunakan perkataan MINI,” tambahnya.
- BACA: MINIVAN ELEKTRIK CHINA MATRIX 01 2023. 20HP, 120KM SEKALI CAJ, BERMULA RM19K
- BACA: MINI COOPER SE CONVERTIBLE EV, 999 UNIT, UNTUK PASARAN EROPAH SAHAJA
- BACA: MINI BAKAL BAWAKAN LEBIH BANYAK KERETA MANUAL UNTUK PASARAN AMERIKA SYARIKAT
- BACA: MINI COOPER SE ELECTRIC 2023 DAPAT WARNA BAHARU, PEMANAS TEMPAT DUDUK. BERMULA RM199K







