CONTINENTAL LANCAR PROGRAM MINI DALAM APLIKASI TNG eWALLET, TAWAR PROMOSI EKSKLUSIF
Continental, jenama tayar terkemuka dari Jerman, hari ini melancarkan Program Mini dalam aplikasi TNG eWallet, membolehkan pemandu di Malaysia membeli tayar dengan mudah melalui telefon pintar.
Usaha ini bertujuan untuk merintis laluan dalam meningkatkan keyakinan pembelian tayar secara dalam talian.
Untuk meraikan pelancaran ini, Continental menawarkan promosi eksklusif dari 7 November hingga 30 November, bertepatan dengan Jualan Mega 11.11.
Pelanggan boleh menikmati pulangan tunai sehingga RM1 juta, dengan pulangan tunai purata 15 peratus untuk setiap transaksi tayar yang dibeli melalui aplikasi tersebut.
Cabutan Bertuah dengan Hadiah Eksklusif
Selain promosi pulangan tunai, pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 dalam satu transaksi antara 7 November 2024 hingga 31 Januari 2025 secara automatik layak untuk cabutan bertuah.
Setiap RM300 yang dibelanjakan akan memberi satu penyertaan, dengan peluang memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk:
- Hadiah Utama: Jongkong emas bernilai RM10,000
- Hadiah Lain: Tiga iPhone 16 Pro, dua konsol PS5, dua Huawei MatePad 11.5″ Edisi PaperMatte, dan dua Baucar Trapo
- Hadiah Mingguan: Tiga pemenang setiap minggu akan menerima pulangan tunai untuk pembelian tayar Continental serta Kad NFC Continental x Touch ‘n Go Edisi Terhad.
Program Mini dalam aplikasi TNG eWallet memudahkan pelanggan mencari tayar yang sesuai dengan pilihan saiz dan corak tayar diinginkan.
Pengguna boleh memasukkan kod promosi, memilih pengedar terdekat, dan menjadualkan pemasangan tayar di lebih 120 kedai tayar Continental di seluruh negara.
Setelah pembayaran disahkan melalui TNG eWallet, pelanggan hanya perlu pergi ke pengedar terpilih untuk pemasangan percuma, termasuk perkhidmatan pengimbangan tayar, sementara perkhidmatan penjajaran disediakan sebagai pilihan tambahan.
Continental menjanjikan pengalaman beli-belah yang selamat dan tanpa kos tersembunyi. Dengan integrasi bersama gerbang pembayaran utama di Malaysia, pelanggan boleh membuat pembelian dengan penuh keyakinan, kerana setiap transaksi diproses terus melalui Kedai Continental Rasmi di dalam aplikasi TNG eWallet.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini dan cara menggunakan Program Mini, layari https://visit.tngdigital.com.my/continentaltyre
- BACA: PROMOSI AKHIR TAHUN MG: ANSURAN BULANAN HINGGA 20 BULAN, JIMAT SEHINGGA RM26K
- BACA: URBAN AUTOMOTIVE MEMPERSEMBAHKAN DUA MODEL RANGE ROVER DI SEMA 2024
- BACA: TOYOTA RAV-X CONCEPT – APABILA MODEL RAV BANDAR CUBA DI-EKSTREM-KAN
- BACA: HONDA MALAYSIA PANGGIL SEMULA 36,000 UNIT MODEL CIVIC, CIVIC TYPE-R DAN CR-V