Buletin

CONTINENTAL: MENERAJUI INOVASI TAYAR UNTUK PEMANDUAN EV YANG SELAMAT DAN CEKAP

Dengan pertumbuhan pesat penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, pemilihan tayar yang sesuai menjadi aspek penting bagi memastikan prestasi, keselamatan, dan kecekapan tenaga.

Syarikat tayar terkemuka, Continental, terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam pembangunan tayar mesra EV dengan teknologi inovatif yang memenuhi keperluan unik kenderaan elektrik moden.

Menurut data rasmi kerajaan, jumlah EV di jalan raya Malaysia meningkat dengan ketara, daripada lebih 3,000 unit pada 2022 kepada lebih 22,000 unit pada 2024.

Seiring dengan perkembangan ini, kerajaan turut menyasarkan pemasangan 10,000 pengecas EV menjelang 2025, selari dengan sasaran menjadikan 20 peratus daripada jumlah volum industri (TIV) terdiri daripada EV menjelang 2030.

Sebagai jenama yang telah menerajui pembangunan tayar selama lebih satu dekad, Continental memastikan setiap produk keluarannya serasi dengan EV.

Tayar Continental direka untuk menangani cabaran spesifik EV, termasuk kapasiti beban yang lebih tinggi, tahap bunyi yang rendah, serta kecekapan tenaga serba optimum.

Di peringkat global, sepuluh pengeluar EV terbesar memilih tayar Continental sebagai kelengkapan asal (Original Equipment, OE), termasuk jenama terkemuka seperti BMW, BYD, Kia, Mercedes-Benz, Renault, Smart, serta Volvo.

Continental menawarkan beberapa pilihan tayar yang disesuaikan mengikut keperluan berbeza pemandu EV:

  • SportContact SC7 – Direka untuk prestasi tinggi dan pemanduan yang penuh keyakinan.
  • MaxContact MC7 – Memberikan kawalan dan pengendalian yang lebih responsif.
  • UltraContact UC7 – Sesuai untuk pemandu yang mengutamakan keselesaan dan cengkaman cemerlang di permukaan basah.
  • ComfortContact CC7 – Mengutamakan keselesaan dengan tahap kebisingan yang minimum.
  • EcoContact EC6/EC6 Q – Dibangunkan untuk kecekapan tenaga maksimum, membantu memanjangkan jarak pemanduan bagi setiap cas bateri.

Pemilik EV perlu memberi perhatian kepada faktor-faktor utama seperti indeks beban dan kelajuan untuk menampung berat kenderaan lebih tinggi, daya cengkaman untuk kestabilan, serta reka bentuk tayar yang mengoptimumkan kecekapan tenaga.

Continental turut memperkenalkan teknologi noise breaker yang membantu mengurangkan bunyi jalan, memberikan pengalaman pemanduan lebih senyap dan selesa.

Dengan kepakaran dan teknologi terkini, Continental terus menjadi pilihan utama bagi pemandu EV bagi meningkatkan pengalaman pemanduan secara keseluruhan.

Google ads
Back to top button