Buletin

CONTISEAL: CONTINENTAL SEDIA PENYELESAIAN INOVATIF UNTUK PEMANDU MALAYSIA

Tayar pancit semasa di jalan raya boleh mendatangkan bahaya keselamatan dan mengganggu perjalanan, terutamanya di jalan raya Malaysia yang sering menghadapi hujan lebat, trafik tinggi, jalan berlubang, serta serpihan jalan.

Masa menunggu bantuan dan pembaikan boleh memakan masa dan mengganggu perjalanan seseorang. Namun, dengan teknologi tayar pengedap kendiri, pemandu boleh lebih yakin dalam setiap pemanduan.

Demi keselesaan serta keselamatan pengguna di Malaysia, Continental baru-baru ini memperkenalkan teknologi ContiSeal bagi set produk dan saiz rim yang lebih luas, mengubah cara pengguna jalan raya mengendalikan situasi tayar pancit.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2003, teknologi ContiSeal telah ditambah baik selama lebih dua dekad. Ia mampu menyumbat 80 peratus daripada semua tusukan dan 99.9 peratus daripada tayar pancit sehingga diameter 5mm apabila tusukan berlaku.

Lapisan pengedap ini memastikan tayar mengekalkan prestasinya, walaupun dalam keadaan mencabar.

Berbanding dengan tayar run-flat, tayar ContiSeal berfungsi seperti tayar standard tanpa mengorbankan keselesaan.

Tayar ini mengekalkan integriti dan prestasi walaupun selepas pancit, membenarkan pemanduan tanpa had dan boleh dibaiki jika perlu.

Walaupun tayar pengedap kendiri mungkin lebih mahal pada awalnya, ia merupakan penjimatan kos jangka panjang untuk pemilik kereta dan Continental menjamin ContiSeal di bawah waranti pembuatan standard mereka.

Selain itu, dengan pembelian tayar ContiSeal, pengguna jalan raya juga boleh meraih manfaat daripada Total Confidence Plan (TCP), yang menyediakan penggantian tayar satu sama satu untuk kerosakan jalan tidak dijangka dalam tahun pertama, dengan tuntutan diuruskan dengan mudah melalui aplikasi Conti TCP.

Continental menyarankan penggunaan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) untuk memantau sebarang penurunan tekanan tayar dan pemeriksaan tayar secara berkala oleh pakar tayar untuk memastikan keselamatan dan prestasi jangka panjang.

Continental menyasarkan matlamat untuk menggabungkan sepenuhnya teknologi ContiSeal menjelang Julai 2024 merentas model tayar popular, UltraContact UC7, PremiumContact C dan UltraContact UC6 SUV, dalam saiz antara 16-inci hingga 20-inci.

Tersedia di mana-mana pengedar di seluruh negara atau di kedai e-dagang Shopee dan Lazada rasmi Continental, langkah strategik ini mencerminkan komitmen Continental untuk meluaskan jangkauan teknologi inovatif ini kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi https://www.continental-tires.com/products/b2c/car/continental-tire-technologies/contiseal/.

Google ads
Back to top button