Buletin

TOYOTA BAKAL LABUR RM8.01 BILION DI INDONESIA. JADI HAB PENGELUARAN EV DI RANTAU ASEAN

Toyota dilapor merancang untuk melabur sebanyak AS$1.8 bilion (RM8.01 bilion) di Indonesia dalam tempoh lima tahun akan datang untuk menjadikan republik itu sebagai hab pengilangan kenderaan elektriknya. 

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto selepas bertemu dengan Naib Presiden Toyota, Shigeru Hayakawa di Tokyo. 

“Saya percaya permintaan terhadap kenderaan elektrik di Indonesia dan negara-negara ASEAN akan terus meningkat. Maka, Indonesia boleh menjadi pusat pengeluaran EV untuk dipasarkan di rantau berkenaan,” kata Airlangga dalam satu kenyataan. 

Toyota juga merancang untuk memperkenalkan beberapa model hibrid dalam tempoh empat tahun lagi. “Kami harap dengan pertambahan pelaburan di Indonesia, kerajaan Indonesia akan memahami kesungguhan Toyota untuk menghasilkan kereta elektrik,” kata Hayakawa.

Indonesia merupakan pengeluar nikel terbesar di dunia, satu komponen utama bateri dalam kereta elektrik dan ia mahu menjadi hab pengilangan EV di rantau ini. Presiden Indonesia, Joko Widodo kini dalam lawatannya ke tiga buah negara Asia, termasuklah Jepun. 

Tahun ini, Hyundai telah melancarkan kereta elektrik Ioniq 5 yang dihasilkan di kilang baharunya di Jakarta. – dpa

Google ads
Back to top button