Artikel Pilihan

TOYOTA CALYA – INILAH DIA RAJA MPV LCGC DI INDONESIA

Di Indonesia, wujud segmen MPV LCGC (Low Cost Green Car) yang boleh  tahan laku di pasaran. Sudah tentu segmen kenderaan tujuh tempat duduk versi bajet ini dirajai oleh Toyota Calya, sebuah MPV LCGC yang cukup popular di sana.

Semenjak dilancar pertama kali hingga ke hari ini, Toyota Calya menerima sambutan yang cukup baik oleh masyarakat di sana. Boleh membawa sehingga lapan orang penumpang (benar, masyarakat di sana selagi boleh sumbat, akan disumbat walau pun kapasiti hanyalah tujuh orang penumpang) dari titik A ke titik B adalah ciri yang cukup digemari rakyat di sana. Dikhabarkan, Toyotal Calya ini telah terjual sehingga 310,384 unit. Suatu jumlah yang cukup banyak.

Toyota Calya ini sebenarnya telah pun membuat debut pada tahun 2016 dengan rekaan yang disasarkan kepada pengguna yang inginkan sebuah MPV dengan harga yang lebih murah berbanding model MPV sedia ada dalam pasaran. Pada tahun 2019, model MPV ini telah pun menerima versi facelift dan kini tahun 2022 sekali lagi Toyota Calya ini diberikan minor change (MC) bagi memastikan model MPV ini masih berupaya menarik perhatian bakal pembeli.

Perubahan yang diberikan sebetulnya cukup minimal, hanya beberapa perubahan kecil terutamanya pada penampilan luarannya. Perubahan kecil tersebut meliputi gril berwarna gelap di bahagian atas serta rekaan berbintik di bahagian bawah. Penggunaan rim bersaiz 14 inci juga diberikan rekaan baharu bagi memberikan kelainan selain daripada pengguna antena shark fin.

Turut menerima perubahan kecil ini di bahagian kabin dengan warna baharu diberikan pada papan pemuka untuk lebih elegan. Kini Toyota Calya turut dilengkapi dengan kamera undur serta fungsi smartphone mirroring untuk sistem infohiburan.

Manakala lain – lain ciri standard seperti Airbag di bahagian hadapan, ABS & EBD, serta sensor parkir di belakang masih lagi dikekalkan. Walau pun tampak macam minimal sahaja kelengkapan yang ada, namun ianya dikira mencukupi untuk keselesaan buat pemiliknya. Lupakan soal ketidakupayaan enjin 3NR-VE 1.2 liter yang lemau itu.

Dengan harga serendah Rupiah 158,300,000 (RM46,780) anda dah boleh memiliki sebuah MPV berjenama Toyota. Lemau pun lemau lah. Apa ada hal?

BACA : DAIHATSU PERKENAL SIGRA DI INDONESIA – BERMULA RM34,000!

BACA : WAGON BAJET / MPV BAJET: BOLEH JUAL KAH DI SINI?

Google ads

B K

Back to top button