Buletin

WANITA BELI ALZA GUNA KABEL DAN POTONG ‘Q’ DIKECAM NETIZEN

Sedia maklum bahawa model terbaharu Perodua Alza mendapat sambutan yang sangat menggila daripada pengguna tempatan. Malah, ketika ia dilancarkan pada 20 Julai lalu, Perodua sudah pun menerima lebih 30,000 tempahan dengan tempoh menunggu mencecah 10 bulan! 

Justeru, apabila seorang wanita berkongsi di laman sosial Facebook memberitahu dia mendapat kereta lebih awal kerana memotong giliran, ia pantas mendapat kecaman hebat daripada netizen. Wanita tersebut mendakwa dia menerima keretanya kerana sepupu bapanya berkerja sebagai pengurus di sebuah cawangan Perodua. 

Berdasarkan kepada status yang dikongsi oleh Facebook Brainless Driver Malaysia Edition dan katanya sudah dipadam, dia menulis: “Kadang-kadang pembaris juga kita ni. Punyalah pusing minta tolong sana sini untuk dapatkan cepat New Alza tu, last2 rupanya manager Perodua Branch hakak booking ni sepupu abah je pun.. haha..

“Pagi tadi tanya SA, bunyi macam lambat lagi.. Sejam kemudian selepas dapat usha kat manager, SA call bagitau “Ok kak.. Saya cuba winkan kereta akak bulan ni jugak..” beberapa jam kemudian beliau wasap pulak, “Alhamdulillah kak… Ada masuk sebijik ni, akak punya.

“Syukur Alhamdulillah.. Atas kegigihan usaha sana sini dari nak apply loan lagi.. Semoga kawan-kawan lain pun dipermudahkan urusan masing-masing… Terima kasih yang mendoakan kami.. Boleh dah senyum sikit since dah berapa bulan hadap masalah kereta lama yang tak setel-seetel lagi…”

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 1,600 Likes, 815 komen dan 146 perkongsian. 

“Walaupun pakai #kabel beli Azla baru, jangan sesekali lupa ucap Alhamdulillah tanda syukur nikmat Malaysia maju rakyat selamat.

“CC : Presiden kelab Azla, bagi dia ID 00000002 ok.” – tulis admin Brainless Driver Malaysia Edition 

Menjengah ke ruang komen, rata-ratanya tidak berpus hati dengan tindakannya mendapatkan kereta lebih awal menggunakan ‘kabel’. 

“Tak sangka nak beli kereta pun kena pakai kabel.. aku ingatkan nak kerja je kena pakai kabel.. mmm,” tulis FarahAini Ismail. 

“Dipermudahkan kepala hotak dia kalau kawan-kawan bakal team dia tu takde cable macam dia. Nasib baik aku pakai satria je takde sibuk nak cari cable potong Q,” tulis Nurul Hisham. 

“Cable dengan branch manager kereta dapat kereta cepat. Kalau cable dengan tukang gali kubur agak agak dia mintak tak ditanam awal?,” kata Pak Ney. 

“Beli kereta pakai cable. Tapi ada hati nak ckp atas “kegigihan usaha sana sini”. Pelik2 je,” tulis Azam Kahar. 

Tidak kurang juga yang mempersoalkan tindakan wanita itu yang mengucapkan Alhamdulillah sedangkan tindakannya itu menzalimi orang lain. 

Perodua Alza generasi kedua ditawarkan dalam tiga varian iaitu X, H dan AV pada harga bermula RM62,500 seunit.

Google ads
Back to top button