TOYOTA BAKAL PERKENALKAN bZ SMALL CROSSOVER PADA 2025
Toyota kini semakin giat untuk melaksanakan strategi elektrifikasi apabila dikhabarkan sedang membangunkan model elektrik baharu bersama Suzuki.
Walaupun butirannya terhad, model ini kini dikhabarkan akan mula diperkenalkan pada 2025 dan berkemungkinan merupakan Toyota bZ Small Crossover Concept.
Toyota dan Suzuki mempunyai hubungan rapat, terlibat dalam pertukaran teknologi untuk memenuhi permintaan pasaran masing-masing di seluruh dunia.
Beberapa projek kerjasama antara kedua-dua syarikat sudah tersedia untuk pembelian di rantau termasuk Eropah, India, Afrika Selatan serta Asia Tenggara.
Menurut Best Car, Toyota bakal melancarkan bZ Small Crossover di seluruh dunia tetapi sebagai permulaan, model berkenaan diperkenalkan di Jepun dan Eropah terlebih dahulu.
Syarikat itu tidak mendedahkan spesifikasi khusus, kecuali mengesahkan ia berdasarkan platform eTNGA.
Dari segi saiz, model konsep itu nampaknya berada di antara dimensi Toyota Aygo X pada 3,700mm dan Toyota Yaris Cross pada 4,180mm.
Apabila dilancarkan kelak, pesaing berpotensi dalam segmen ini termasuklah Hyundai Casper dan VW ID.1.
- BACA: MAZDA2 HYBRID 2024, MUKA DEPAN BERBEZA DARIPADA TOYOTA YARIS!
- BACA: TOYOTA HILUX 2024 TERIMA KEMAS KINI – KAMERA PANORAMIC VIEW DIDATANGKAN SEBAGAI STANDARD, PILIHAN WARNA BAHARU
- BACA: TOYOTA PAMER KAEDAH DIE-CASTING GIGAPRESS – PRODUKSI KERETA DALAM 3 MINIT SAHAJA
- BACA: TOYOTA BAKAL PERKENALKAN TOYOTA GR YARIS EVOLUTION II – JANA 300HP, TRANSMISI AUTOMATIK