Buletin

MAZDA2 HYBRID 2024, MUKA DEPAN BERBEZA DARIPADA TOYOTA YARIS!

Mazda dan Toyota sudah bertahun menjalin kerjasama. Sebagai contoh, Mazda2 dijenamakan semula sebagai Yaris Sedan, Yaris R, Scion iA dan Yaris iA di pasaran terpilih seperti Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.

Di Eropah, Toyota Yaris Hybrid dijual sebagai Mazda2 Hybrid dan dilancarkan di United Kingdom (UK) pada Mei 2022 dan menariknya ditawarkan beriringan dengan Mazda2 generasi ketiga.

Selepas ini tiada lagi Mazda2 Hybrid dengan muka depan Yaris selepas pengenalan model 2024 dan tiba di UK pada Mac.

Mazda2 Hybrid 2022

Mazda2 Hybrid 2024 menggunakan bampar depan dan jeriji yang direka di Studio Mazda Eropah di Jerman.

Bahagian depan baharu nampak berisi dan boleh dilihat usaha pereka di Jerman yang berusaha menonjolkan identiti Mazda.

Nampak berbeza daripada yang lain namun identiti Mazda boleh dilihat pada bentuk jeriji besar.

Bahagian belakang juga berbeza iaitu pada pendakap but dengan rekaan lampu terpisah dan tidak bersambung seperti Yaris.

Sama seperti sebelum ini, Mazda2 Hybrid akan dijual bersekali Mazda2 dan tiada maklumat terperinci dikongsi kecuali nama empat varian iaitu Centre-Line, Exclusive-Line, Homura dan Homura Plus.

Sebagai rujukan, Mazda2 Hybrid 2023 digerakkan enjin 1,490cc tiga silinder petrol berkuasa 92ps pada 5,500 rpm dan tork 120Nm dari 3,600 hingga 4,800 rpm.

Motor elektrik mempunyai kuasa 59kW dan secara keseluruhan menghasilkan 116ps. 

Enjin itu dipadan dengan transmisi automatik CVT dan pecutan dari 0 hingga 100 km/j mengambil masa 9.7 saat dan pedal boleh ditekan sehingga 175 km/j. 

Semasa mula bergerak, Mazda2 Hybrid beroperasi dalam mod EV menggunakan kuasa motor elektrik dan pembahagian kuasa diselaraskan di antara enjin petrol dan motor elektrik ketika pemanduan normal.

Semasa nyah pecut atau membrek, tenaga kinetik dijana sebagai tenaga elektrik dan disimpan di dalam bateri.

Harga juga tidak diberikan dan Mazda2 Hybrid 2023 dijual daripada 23,730 pound (RM135,291).

BACA: MAZDA CARBON TURBO, EDISI ISTIMEWA UNTUK MODEL TURBO (MAAF, TAK ADA MX-5)

BACA: MAZDA CX-3 1.5 2022, SUV MAZDA HARGA RAHMAH

BACA: MAZDA MX-5 KIZUNA, 250 UNIT UNTUK UK, RM169.5 RIBU!

BACA: MAZDA FAILKAN PATEN ENJIN BARU, SKYACTIV-X DENGAN PALAM PENCUCUH BERKEMBAR

Google ads
Back to top button