TOYOTA PAMER KAEDAH DIE-CASTING GIGAPRESS – PRODUKSI KERETA DALAM 3 MINIT SAHAJA
Toyota baru-baru ini mempamerkan proses pembuatan baharunya kepada media dalam satu demonstrasi di kilang Myochi.
Turut didedahkan ialah kaedah pembuatan die-casting gigapress Tesla, di mana ia berupaya mengurangkan masa pengeluaran kereta baharu secara drastik, iaitu dalam masa tiga minit sahaja.
Selain Toyota, Hyundai juga sedang meneliti teknik pengeluaran yang sama malah gergasi automotif Jerman, Volkswagen sedang mempelajari kaedah tersebut daripada Tesla.
Mana-mana pengeluar kereta pada saat ini ingin meningkatkan kecekapan, menyasarkan pengurangan 50 peratus dalam proses pengeluaran secara keseluruhan.
Menurut ketua pegawai pengeluaran, Kazuaki Shingo, Toyota menyedari bahawa teknologi yang ada pada Tesla harus dikaji.
Terdahulu, Nikkei Asia melaporkan bahawa Toyota sedang merancang untuk meningkatkan pengeluaran kenderaan elektrik sebanyak tiga kali ganda menjelang penghujung tahun 2025.
Langkah itu dibuat bagi membolehkan Toyota kekal bersaing dengan pengeluar dari segmen elektrik seperti BYD dan Tesla.
Sementara itu, Tesla sedang membawa idea gigapress ke peringkat seterusnya untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar EV terlaris di dunia.
- BACA: TOYOTA BAKAL PERKENALKAN TOYOTA GR YARIS EVOLUTION II – JANA 300HP, TRANSMISI AUTOMATIK
- BACA: TOYOTA TINGKAT PENGELUARAN EV, ATASI TESLA DAN BYD
- BACA: TOYOTA PERKENALKAN GR86 EDISI ULANG TAHUN – DAH 40 TAHUN USIA 86 NI
- BACA: TOYOTA ANJUR PROGRAM JELAJAH JUNIOR ELIT, FOKUS PEMBANGUNAN AKAR UMBI SUKAN GOLF