Buletin

SUZUKI PAMER SWIFT 2024, SUV eVX DI JAPAN MOBILITY SHOW 2023

Sempena Japan Mobility Show 2023, Suzuki mengumumkan barisan model baharunya iaitu Suzuki Swift 2024 dan SUV elektrik eVX yang dijangka akan dilancarkan pada 2025.

Suzuki Swift 2024 tampil dengan reka bentuk lebih banyak lengkungan, gril berbentuk mulut ikan, unit pencahayaan LED baharu serta kemasan warna dua tona.

Suzuki mengatakan bahawa Swift baharu dibangunkan dengan tumpuan untuk membawa keseronokan kepada kehidupan harian pemilik.

Seperti pendahulunya, model ini juga akan dilengkapi dengan pelbagai ADAS. Pembaharuan lain termasuklah logo Suzuki dialihkan dari gril ke bampar.

Dari segi kuasa, tiada pendedahan dilakukan oleh Suzuki namun boleh dijangkakan ia diberi peningkatan berbanding model semasa.

Selain Swift 2024, turut dipamerkan di Japan Mobility Show 2023 ialah SUV elektrik eVX.

Dari segi spesifikasi, eVX berukuran 4,30mm panjang, 1,800mm lebar dan 1,600mm tinggi. Model baharu itu menawarkan jarak gerak 500km, lebih rendah sedikit berbanding sasaran asal, 550km.

Menurut laporan, SUV elektrik sepenuhnya itu akan menampilkan evolusi terkini teknologi 4×4 dikawal elektronik Suzuki serta dilengkapi dengan pek bateri 60kWj.

Selain itu, turut dipratonton ialah van kei elektrik sepenuhnya dengan jarak gerak 200km dan sedia untuk bersaing bersama segmen serupa di Jepun.

Akhir sekali, konsep eWX ialah “mini wagon EV” yang kelihatan futuristik dengan panjang 3,395mm dan jarak gerak 230km.

Selain kereta, Suzuki juga mempamerkan rangkaian motosikal, robot autonomi, serta model kereta terbang yang akan diperkenalkan pada 2024.

Google ads
Back to top button