Buletin

TOYOTA BAKAL PERKENALKAN TOYOTA GR YARIS EVOLUTION II – JANA 300HP, TRANSMISI AUTOMATIK

Media asal Jepun, BestCar Web baru-baru ini mendedahkan Toyota bakal memperkenalkan Toyota GR Yaris versi facelift pada tahun hadapan.

Digelar sebagai GR Yaris Evolution II, ia akan tiba dengan rekaan bampar baharu, spoiler lebih besar, paparan instrument digital, brek dan suspensi yang ditala semula, selain kerangka badan lebih tegar.

Dedah BestCar lagi, enjin 1.6-liter 3-silinder turbo akan ditala semula bagi membolehkan ia menghamburkan kuasa sehingga 300hp dan 370Nm tork.

Nadi berkenaan dipadankan bersama kotak gear automatik 8-kelajuan baharu dan dibekalkan dengan paddle-shifter serta “lock-up system” baharu.

Untuk rekod, model semasa di Jepun dijana oleh enjin 1.5 NA dan dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan, menghasilkan 268hp.

Akhir sekali, portal berkenaan mengatakan tempahan model GR Yaris Evolution II dijangka dibuka pada musim luruh ini.

Google ads
Back to top button