Buletin

SEGALANYA TENTANG COROLLA CROSS

Honda menawarkan 2 pilihan crossover pada pasaran, samaada HRV (segemen B) ataupun CRV yang berada dalam segmen C. Mazda pula menawarkan 3 pilihan crossover samaada CX-3, CX-30 dan CX-5. Toyota hanya menawarkan Rush (Segmen B), CHR (Segmen C) dan Fortuner (Segmen D). CX-5, CRV dan Xtrail menawarkan sebuah crossover konvensional dengan ruang yang cukup luas dan kelemahan CHR ialah ruang dalaman yang sempit walaupun ia menawarkan pemanduan yang lebih sporti.

Awal bulan Ogos 2020, Indonesia telah menerima satu model crossover yang baru dinamakan Corolla Cross yang diasaskan berdasarkan sedan Corolla dan besarlah harapan Mekanika agar ia juga dibawa masuk ke Malaysia. Kami bawakan kepada anda fakta pantas Corolla Cross kepada anda, sebab kami rasa kalau dibawa ke Malaysia laku keras jugak rasanya ni kalau kena dengan harga.

1. Platform – Corolla Cross akan menggunakan cesi ataupun platform TNGA atau lebih spesifik TNGA-C yang digunakan pada model Corolla baru, CHR, Lexus UX dan juga Toyota Prius. Cesi ini dibangunkan khusus dengan rekaan enjin di depan dan pacuan roda depan.

2. Enjin – sama seperti Corolla, model Corolla Cross diberikan 2 pilihan enjin 1800cc samaada 2ZR-FXE bagi model hibrid (170 kuasa kuda) ataupun 2ZE-FBE dengan teknologi Valvematic dan dual-VVTi (140 kuasa kuda). Bagi pasaran Australia, Corolla Cross akan dibekalkan dengan enjin 2000cc Dynamic Force yang menghasilkan 167 kuasa kuda. Tapi berdasarkan pengalaman besar kemungkinan Malaysia akan mendapat enjin 2ZR-FE yang menghasilkan 138 kuasa kuda.

3. Transmisi – semua varian akan dipadankan dengan transmisi CVT namun berbeza dari segi varian. Model hibrid akan dipasangkan dengan E-CVT, manakala model enjin biasa 1800cc/2000cc akan mendapat CVT-intelligent. Penggunaan petrol bagi varian hibrid ialah sekitar 22.72km per liter bagi varian hibrid dan 15.87 km per liter bagi varian petrol

4. Sistem Cesi – Corolla Cross akan mendapat brek cakera depan dan belakang, suspensi double wishbone pada roda belakang, suspensi topang McPherson pada roda depan, cermin suria pada bumbung, serta teknologi Toyota Safety Sense.

5. Toyota Safety Sense – Corolla Cross dilengkapi dengan sistem Pre-Collision System, Lane Departure Alert dengan Steering Assist, Dynamic Radar Cruise Control, Rear Cross Traffic Alert, Sistem Amaran Titik Buta dan Kamera 360 darjah.

6. Rekaan Dalam – dah nama pun Corolla, maka versi ross ini menggunakan rekaan dalam yang mirip dengn Corolla sedan termasuklah rekaan stering dan juga papan pemuka, corong penyaman udara, sistem Multimedia, dan juga suis kawalan penyaman udara.

Kusyen dibalut dengan kemasan kulit berwarna merah dan ada 2 pengecas USB bagi telefon pintar bagi penumpang di belakang serta pengecas tanpa wayar bagi penumpang di depan

7. Keselamatan – Corolla Cross dilengkapi dengan 7 beg udara, sistem pengawasan tekanan tayar, brek ABS, sistem kawalan kestabilan VSC, Hill Start Assist Control serta lampu amaran yang akan menyala secara automatik sewaktu brek kecemasan. Ia juga dipasang dengan kamera perakam digital pada cermin depan dan juga belakang serta lampu depan dengan fungsi Follow Me Home

8. Ciri-Ciri Mesra Pengguna – ruang kargo bagi Corolla Cross ialah 487 liter bagi varian yang menggunakan kit pembaikan tayar dan 440 liter bagi varian yang menggunakan tayar simpanan kecemasan. Pintu ruang kargo belakang boleh dibuka dengan menggunakan pengesan kaki. Penyandar tempat duduk barisan kedua boleh diubahsuai pada 2 kedudukan ataupun dilipat terus bagi ruang kargo yang lebih besar

9. Sistem Multimedia – Corolla Cross dipasang dengan sistem multimedia 9 inci sama seperti Corolla. Unit mampu menyokong sambungan USB, sambungan telefon, Android Auto, Apple Car Play serta menghantar output bunyi kepada 6 pembesar suara .

10. Harga – macam biasa kita hanya boleh membuat sekulasi berkenaan harga Corolla Cross. Kami menjangkakan ia akan lebih mahal dari Toyota Corolla, diposisikan antara Toyota CHR dan Toyota Fortuner iaitu antara RM 150,000 ke RM 170,000.

Google ads
Back to top button