
SISMA AUTO RASMI LANCAR BILIK PAMERAN & PUSAT SERVIS DENZA BAHARU DI GLENMARIE
SISMA Auto mengukuhkan kedudukannya dalam segmen kenderaan elektrik mewah dengan pelancaran pusat pameran dan servis Denza yang baharu di Glenmarie, Shah Alam.
Langkah ini menandakan komitmen syarikat untuk memperluaskan penawaran EV premium di Malaysia, selaras dengan pertumbuhan pesat jenama Denza di peringkat global.
Denza merupakan jenama mewah di bawah naungan BYD Auto – antara peneraju dunia dalam pengeluaran kenderaan elektrik.

Pelancaran ini turut mencerminkan keyakinan SISMA Auto terhadap masa depan mobiliti elektrik, dengan pelaburan sebanyak RM25 juta bagi membangunkan kemudahan dua tingkat berkeluasan 20,000 kaki persegi itu.
Reka bentuk bilik pameran Denza Glenmarie memancarkan gabungan kemewahan moden dan elemen lestari, sejajar dengan imej jenama yang menekankan inovasi serta gaya hidup hijau.
Pengunjung bukan sahaja dapat melihat dari dekat barisan model Denza yang elegan, malah turut ditawarkan peluang untuk melakukan pandu uji.
Di samping itu, pusat ini juga dilengkapi kemudahan servis terkini dan khidmat lepas jualan bertaraf premium, termasuk perkhidmatan door-to-door concierge bagi memudahkan urusan servis pelanggan tanpa perlu keluar dari rumah atau pejabat.

Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim, menyatakan keterujaannya melihat Denza sebagai salah satu pemain baharu dalam dunia automotif mewah tempatan.
Beliau percaya jenama ini mampu menarik minat pembeli yang mencari gabungan teknologi canggih, reka bentuk eksklusif dan pengalaman pemilikan istimewa.
Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd, Eagle Zhao, menegaskan bahawa pembukaan ini adalah sebahagian daripada strategi BYD untuk memperluas akses kepada mobiliti elektrik berkualiti tinggi di Malaysia, menerusi rangkaian pengedar yang semakin berkembang.

Dengan kehadiran pusat Denza Glenmarie, SISMA Auto bukan sahaja memperkukuh jalinan kerjasama bersama BYD, malah bersedia memainkan peranan utama dalam memperkenalkan model-model Denza akan datang kepada pasaran Malaysia.
Bilik pameran dan pusat servis ini dibuka setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam, bertempat di No 21, Jalan Perintis U1/52, Seksyen U1, Bandar Glenmarie, Shah Alam.
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 03-5569 1715 atau layari https://denza.sismaauto.com.
GALERI:









- BACA: BENTAYGA EWB DENGAN WARNA CANDY PINK SATU SAHAJA DI DUNIA. ANDA PUN BOLEH TEMPAH DENGAN MULLINER KALAU NAK
- BACA: GEELY GALAXY M9 – SUV PERDANA TERBAHARU DARI GEELY. PENGGANTI UNTUK PROTON X90 MUNGKIN?
- BACA: PUSINGAN KE-3 SKILLDRVN ONE MAKE RACE BERAKHIR DENGAN PENUH DRAMA DI SEPANG
- BACA: SUV PHEV DENGAN GAYA DEFENDER – APA YANG TAK KENA DENGAN TAI 7?







