Artikel Pilihan

TOYOTA AVANZA 2019 – BOLEH TAHAN LAKU JUGA DI SANA

Apabila menyebut tentang MPV / segmen tujuh tempat duduk di Indonesia, ianya adalah lubuk buat mana – mana pengeluar. Maka tidak hairanlah, ada beberapa model yang dilancarkan terlebih dahulu di sana sebagai tanda penghormatan kepada negara yang teramatlah meminati MPV.

Dan apabila bersembang pasal MPV, Toyota Avanza adalah Raja. Dan Raja ini mempunyai adinda, Daihatsu Xenia. Masing – masing berkongsi kek pasaran yang sama. Tapi tetap laku juga. Tak ada langsung istilah berebut pelanggan ke apa. Jauh sekali hendak membeza – beza kan antara satu sama lain.

Rata -rata pembaca semua sudah sedia maklum tentang kehadiran model facelift Avanza / Xenia ini pada awal tahun yang lalu. Sudah tentu, kehadiran model facelift ini amat diperlukan bagi menentang kehadiran beberapa model baharu Xpander misalannya.

Hasilnya sudah tentu menggembirakan buat Toyota Astra Motor (TAM) selaku pengedar rasmi jenama Jepun ini di sana. Ternyata jasa dan pengaruh Toyota Avanza terlalu ampuh buat peminat.

Dikhabarkan bahawa tempahan untuk Avanza setakat bulan Mac ini telah mencecah 17,000 unit. Mak ai! Bukan main banyak lagi tempahan yang diterima. Pada hal bukannya model baharu pun.

Malah, pada bulan Februari yang lalu, rekod jualan Avanza ini berjaya mengatasi Mitsubishi Xpander. Avanza dengan tempahan sejumlah 5,700 unit manakala Expander 5,532 unit. Ternyata, kesetiaan peminat Toyota ini bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan. Sekali Toyota, memang payah dah nak beralih ke jenama lain.

Kini sejumlah 1.7 juta unit dikhabarkan telah berada di atas jalanraya seantero pelusuk Indonesia semenjak diperkenalkan. Menjadikan ianya benar – benar sebuah mobil sejuta umat.

Model yang telah diberikan nafas baharu dengan penampilan yang lebih moden dan berinspirasikan daripada abang besar Vellfire terutamanya lampu utama jenis LED dua peringkat dipisahkan oleh trim dengan warna badan. Rekaan bamparnya pun jauh lebih garang. Kalau model sebelum ni Sang Supirnya pasti kelihatan kakek – kakek sahaja. Ini kali ini pasti Supirnya persis Baim Wong.

Rekaan ruang papan pemukanya turut menerima beberapa ciri penambahaikan seperti unit hiburan baharu serta kawalan digital untuk pendingin hawa. Malah, NVH Avanza ini turut telah ditambah baik bagi menjadikan kabin lebih senyap setanding dengan model baharu.

Sebelum itu, suka juga untuk Brader Karrager maklumkan bahawa sebuah lagi model kembarnya, Daihatsu Xenia turut mendapat sambutan sambutan yang boleh tahan juga. Sudah tentu kehadiran Xenia ini mampu menyokong lagi jumlah jualan keseluruhan bagi segmen MPV dengan harga murah. Lantas yang untungnya siapa?

Cumanya tertunggu juga, agak -agak ada chance tak masuk sini nanti?

BACA : TOYOTA AVANZA VERSI FACELIFT 2019 TERDEDAH

BACA : TOYOTA AVANZA 1.5X SUDAH BOLEH DITEMPAH – BERMULA RM82,700

Google ads

B K

Back to top button