Buletin

MENANGI WANG TUNAI RM5K SETIAP HARI DENGAN BHPETROL!

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) akan memberi wang tunai sebanyak RM5,000 pada setiap hari menerusi peraduan “eCard Pump & Swipe”.

Ini merupakan tahun kedua BHPetrol memneri ganjaran wang tunai kepada pemegang kad kesetiaan eCard berikutan kempen yang amat berjaya tahun lalu.

Promosi ini akan bermula dari 15 April hingga 15 Mei 2019 di semua stesen minyak BHPetrol yang menerima eCard.

Untuk turut serta, anda hanya perlu membuat pembelian minimum RM40 ke atas produk bahan api (Infiniti 95, Infiniti 97, Infiniti Diesel dan Infiniti Euro5 Diesel) di dalam satu resit dan gores kad eCard.

Pemegang kad eCard akan menerima 1 ePoint bagi setiap RM1 di stesen servis BHPetrol dan outlet mereka yang mengambil bahagian. Mereka boleh menebus poin serta-merta untuk membeli barangan atau bahan api sebanyak RM10 dengan 950 ePoints.

Pelanggan juga boleh menebus hadiah-hafiah menarik yang ditawar di dalam BHPetrol Rewards Catalogue atau di laman web: ecardrewards.bhpetrol.com.my

Pemenang pertama peraduan ini ialah Pang Kam Seng dari Shah Alam. Kam Seng menjadi pelanggan eCard sejak tahun 2016 dan selalu mengisi minyak di BHPetrol Lebuhraya KL-Klang.

Hadiah itu disampaikan oleh Pengurus Besa Bekalan, Runcit dan Hal Ehwal Kerajaan BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad.  

Untuk menjadi ahli, borang permohonan boleh dimuat turun daripada ecard.bhpetrol.com.my

Google ads
Back to top button