Buletin

TOYOTA HIGHLANDER 2020 – 8 TEMPAT DUDUK, JIMAT MINYAK SEHINGGA 14.5KM/L (HIBRID)

Toyota Motor Corp semalam melancarkan SUV Highlander pada acara New York Auto Show 2019.  

Sudah memasuki generasi keempat, Highlander cukup popular di AS apabila hampir 250,000 unit berjaya dijual  sepanjang tahun lalu sahaja.

Highlander kini hadir dengan rekaan serba baharu, selain lebih ekonomikal dan maju berbanding model terdahulu. Ia didatangkan 

Jentera itu dibangunkan di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA-K) yang turut digunakan pada banyak kenderaan Toyota dan Lexus sejak tahun 2015. 

Platform ini membolehkan Toyota menawarkan dua jenis enjin iaitu petrol dan hibrid. Enjin petrol ialah V6 bersesaran 3.5 liter yang mampu menjana kuasa 295hp dan dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan. 

Manakala versi hibrid yang dijangka berada di pasaran pada tahun depan menggunakan khidmat enjin 2.5 liter dan dua unit motor elektrik. Output kuasa hibrid adalah 250hp. 

Apa yang manakjubkan ialah penggunaan bahan apinya yang dikatakan sekitar 14.5km bagi setiap liter. Jimat betul untuk sebuah kenderaan yang boleh membawa sehingga lapan orang penumpang. 

Ruang kabin Highander lebih maju dengan varian tertinggi menerima skrin sentuh bersaiz 12/3 inci. 

Di pasaran AS, Highlander akan ditawarkan dalam lima varian. Ia juga dilengkapi rangkaian ciri keselamatan Toyota Safety Sense seperti Lane Tracing Assist dan banyak lagi. 

GALERI

Google ads
Back to top button