Buletin

TRAK LENYEK NISSAN ALTIMA. APA NASIB PEMANDU?

Seorang pemandu Nissan Altima berdepan detik cemas selepas sedan terbabit dilenyek trak berdekatan jambatan Gunung Vernon, Washington, Amerika Syarikat (AS).

Melalui gambar insiden itu yag dimuat naik melalui Twitter Trooper Rocky Oliphant, sukar membayangkan terdapat mangsa yang selamat.  

Menurut Oliphant, pemandu Altima merah berkenaan dipandu perlahan mengikuti di belakang sebuah ketika melalui jambatan tersebut.

Bagaimanapun, kenderaan tersebut telah disondol sebuah trak lain daripada arah belakang sehingga menyebabkan kejadian itu.

“Hentaman kuat trak telah menyebabkan bahagian belakang Altima terlipat sekali gus trak bergerak ke atas sedan berkenaan,” katanya.

Keseluruhan kereta mengalami kerosakan manakala agak mengejutkan apabila pemandu terselamat dengan kecederaan ringan. – carscoops

Google ads
"
"
Back to top button