Buletin

NISSAN SEDIA ‘BUNUH’ SEMUA MODEL SEDAN DI JEPUN?

Segmen crossover dan trak pikap semakin mendominasi pasaran jualan di Amerika Syarikat (AS) sehingga jualan sedan merudum.

Pengeluar seperti Ford telah mengurangkan model sedan malah beberapa jenama besar dari Jepun bakal mengambil pendekatan sama.

Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan akan menghentikan pembangunan semua model sedan berikutan SUV dan crossover semakin popular di negara Matahari Terbit itu.

Sumber mendakwa mendapat maklumat tersebut daripada pembekal-pembekal utama berhubung perancangan Nissan itu.

Bagaimanapun, Nissan tidak memberi sebarang maklum balas berkenaan dakwaan tersebut.

Pendekatan menghentikan pembangunan sedan merupakan langkah bijak berikutan ia memberi laluan kepada pengeluar itu bekerjasama dengan lebih dekat bersama Renault dan Mitsubishi dalam pelaburan SUV serta kenderaan elektrik.

Khabar berita berkenaan khusus untuk pasaran Jepun, ia bermakna pasaran sedan AS seperti Altima, Maxima, Sentra dan Versa kemungkinan malah di negara-negara lain kemungkinan besar akan mengambil masa yang lama untuk ‘dibunuh’.

Difahamkan hanya empat model yang bakal terjejas di negara Jepun iaitu Sylphy, Fuga, Cima dan Skyline.

Nissan telah membangunkan Skyline sejak 1957 dan menjadi nama penting mewakili varian legend GT-R malah agak menyedihkan jika jenama ikonik ini terkubur begitu sahaja.

Kemungkinan besar Nissan bakal mengambil pendekatan menghidupkan nama tersebut dalam pembangunan crossover sama seperti langkah dilakukan Mitsubishi terhadap Eclipse. – carbuzz

Google ads
Back to top button