
Buletin
BANNER DOA PENCURI PISANG DILANGGAR LORI
Sebuah sepanduk dengan tulisan amaran mencuri pisang menarik perhatian netizen.
Ia berikutan sepanduk tersebut mendoakan bakal-bakal pencuri pisang kebun terbabit dilanggar lori.
Menurut laporan Suara.com, gambar yang menunjukkan sepanduk itu dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram bernama @infojember.
“Mencuri pisang, kami berdoa agar pelakunya dilanggar lori,” demikian menurut ayat pada sepanduk itu.
Sepanduk itu dikenal pasti diletakkan diatas sebuah dinding pada pagar sebuah kebun pisang di Jawa Timur.
Netizen turut membanjiri ruangan komen akaun Instagram tersebut.
‘’Saya pernah lalu di sana, setelah membacanya saya terkejut,’’ kata seorang netizen. –KOSMO!
- BACA: LANGGAR WATER BARRIER, PENUNGGANG MOTOSIKAL NYARIS DILANGGAR LORI
- BACA: KANVAS LORI TERCABUT, PENUNGGANG MOTOSIKAL NYARIS MAUT DIGILIS TRELER
- BACA: WANITA TERPAKSA TAHAN SAKIT LEBIH 30 MINIT KAKI DITINDIH TAYAR LORI
- BACA: PARKIR DI KAWASAN GAZET, PEMILIK KERETA DILANGGAR LORI TIDAK BOLEH BUAT TUNTUTAN GANTI RUGI