Buletin

KERETA API LAJU JAKARTA-BANDUNG KALIS PETIR, GEMPA BUMI, ANGIN KENCANG, HUJAN LEBAT

Kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung (KCJB) didakwa memiliki tahap keselamatan yang tinggi daripada ancaman angin kencang, hujan lebat, gempa bumi, objek asing dan sambaran petir di landasan.

Tahap keselamatan kereta api yang direka untuk mampu beroperasi pada kelajuan 350km/j itu dilengkapi sistem perlindungan yang canggih.  

Presiden Kereta Cepat Indonesia China (KCIC), Dwiyana Slamet Riyadi memberitahu pihaknya telah memasang pelbagai peralatan moden melibatkan Pusat Pemantauan Bencana yang terdiri daripada alat pengesan ancaman sepanjang laluan KCJB. Selain Terminal Pemantauan Bencana sebagai pusat pengurusan data di Tegalluar. 

Bukan itu sahaja, terdapat CCTV  yang disambungkan dengan pusat arahan KCJB untuk menghantar maklumat visual. Di tapak pembinaan KJB pula, ada sistem perlindungan kilat luaran dan dalaman. 

Menyentuh tentang ancaman gempa bumi, Dwiyana menyatakan KCIC memasang tujuh sensor dengan jarak purata 25km. Sensor berkenaan akan menghantar maklumat jika mengesan getaran untuk dianalisis. 

Bagi mengelak bahaya daripada ancaman angin kencang, 17 unit sensor dipasang untuk mengukur kelajuan dan arah angin. Ancaman hujan lebat pula boleh dikesan melalui lapan sensor yang dipasang pada setiap 20km. Peranti itu akan menghantar data kepadatan hujan setiap 10 minit hingga 24 jam. 

Memahami akan wujud ancaman daripada objek asing, enam sensor dipasang pada semua overpass laluan jambatan KCJB. “KCJB mempunyai kelajuan yang tinggi. Jika terdapat objek asing di landasan, kesannya sangat bahaya. Maka kami memasang enam sensor pada setiap overpass lengkap bersama jaring supaya tiada objek yang jatuh,” jelas Dwiyana. 

Untuk menangani ancaman lain seperti keputusan bekalan elektrik, KCJB dilengkapi sistem bantuan bekalan elektrik selama 120 minit selepas ia terputus. Ini membolehkan sistem telekomunikasi, lampu dan ventilasi beroperasi seperti biasa. – CNBC Indonesia 

Google ads
Back to top button