Buletin

KEBUMI BERSAMA TRAK PIKAP KESAYANGAN HADIAH DARI ANAK

Seorang lelaki membuat permintaan agak ‘pelik’ ingin dikebumikan bersama trak pikap kesayangan pemberian anak di Baja California Sur, Mexico.

Don Adan Arana dari Puerto San Carlos meninggal dunia berikutan penyakit tidak dapat dirawat membuat permintaan itu kerana ingin menggunakan kenderaan hadiah anaknya di alam selepas kematian.

Dia berbuat demikian kerana tidak dapat menikmati pemberian tersebut dan merasakan berada tidak lama di dunia.

Keluarga lelaki tersebut cuba menunaikan permintaan terakhirnya dengan mengebumikan mayat Don Adan Arana bersama pikap itu.

Arana yang meninggal dunia baru-baru ini dikebumikan bersama trak berkenaan.

Foto pengebumian itu kemudiannya tular di media sosial Mexico yang menunjukkan sebuah kren digunakan bagi memasukkan trak tersebut ke dalam kubur.

Keranda yang mengandungi jasad Arana diletakkan pada bahagian belakang trak.

Dalam pada itu, menurut akhbar Mexico, El Universal, ketua penduduk, Francisco Tovar memaklumkan keluarga Don Adan Arana boleh dikenakan denda dalam jumlah besar kerana kegagalan keluarga memohon kebenaran melakukan pengebumian luar biasa.

Kisah hampir serupa pernah dilaporkan sebelum ini membabitkan seorang ahli politik Afrika Selatan yang disemadikan di dalam limosin Mercedes dan bukannya dalam keranda biasa. – odditycentral

Google ads
Back to top button