Buletin

TRAK BAWA MUATAN KONDOM BERNILAI RM300K KENA BAWA LARI

Sebuah trak membawa muatan bekalan kondom bernilai AS$72,000 (RM299,196) dibawa lari perompak di Ontario, Kanada.

Menurut laporan Newsweek, kejadian berlaku di kawasan parkir di bandar Zorra kira-kira pada pukul 5.30 pagi.

Pegawai polis Wilayah Ontario yang bertindak balas terhadap kecurian itu mendapati sebuah trak telah hilang di kawasan luar bandar terbabit.

Selain trak itu, beberapa kenderaan di kawasan parkir tersebut turut rosak.

Pihak polis berkata, kemungkinan suspek memasuki kawasan berkenaan melalui pagar yang dirosakkan mereka.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada perompak mencuri trak terbabit kerana isi kandungan ataupun sebaliknya.

Bahkan, pihak boleh masih menjalankan siasatan jumlah suspek terlibat dalam kecurian itu. –newsweek/SH

Google ads
Back to top button