" "
Buletin

VIRAL TEKSI ANGKUT ALMARI DI BANGKOK – NETIZEN PERSOAL ISU KESELAMATAN

Pengguna media sosial di Thailand kecoh apabila tular beberapa foto sebuah teksi di Bangkok membawa almari pakaian di dalam bonet.

Imej itu menunjukkan teksi kuning memandu melalui kawasan bandar dengan almari pakaian terkeluar dari bonet.

Foto itu diambil oleh ahli kumpulan pemandu teksi Thailand di Facebook, yang merakamnya dengan hashtag #fightingforlife.

Perkara berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi, dengan ada sesetengahnya mempersoalkan keperluan trak pikap dan tidak kurang juga menyatakan kebimbangan dari soal keselamatan.

Seperti dilaporkan KhaoSod, beberapa netizen membuat spekulasi sama ada imej itu disunting, tetapi terdapat beberapa orang mengesahkan bahawa mereka menyaksikan adegan itu.

Seorang pengguna memberi komen, “Ya, saya nampak juga dekat Victory Monument. Bagaimana mereka berjaya melakukannya?”

Seorang lagi pengguna menambah bahawa mereka melihat teksi itu sampai ke destinasi dengan selamat, tetapi almari pakaian telah terbalik.

Tambahnya, terdapat juga serpihan kaca apabila ia dipunggah di sebuah lorong.  

Insiden itu jelas membuka mata ramai pihak terutamanya pihak berkuasa untuk memastikan aksi sebegini tidak terjadi lagi selain, memastikan keselamatan setiap pengguna jalan raya terjamin.

Google ads
Back to top button