Motosikal

MODENAS KONGSI ‘TEASER’ SUPERMOPED BUAT JULUNG KALINYA

MODENAS secara langsung telah memuat naik ‘teaser’ pertama bagi supermoped yang ditunggu-tunggu menerusi perkongsian terbaru di media sosial.

Video tersebut memaparkan Kriss 125 Fi terbaru yang ketika ini telah pun ditawarkan di pasaran tempatan. Namun, penghujung video paling mencuri tumpuan dengan reaksi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MODENAS, Roslan Roslan menonjolkan diri.

Dalam video tersebut, Roslan hanya tersenyum apabila ditanyakan tentang perkembangan supermoped yang ditunggu-tunggu.

*CEO MODENAS, Roslan Roskan

Meskipun babak berkenaan hanya berjalan beberapa saat namun inilah kali pertama pihak MODENAS memberi perhatian terhadap topik tersebut.

‘Teaser’ tersebut bukanlah kejutan untuk kami kerana sebelum ini kami telah pun melaporkan bahawa MODENAS akan memperkenalkan supermoped sulung tahun ini dengan nama GT150.

*spyshot supermoped MODENAS

Kami difahamkan bahawa motosikal tersebut akan dilancarkan jangkaan bulan Oktober. Memandangkan tinggal beberapa bulan sahaja lagi kami juga menjangkakan bahawa akan timbul beberapa lagi ‘teaser’ dari jenama motosikal tempatan itu.

Sebelum ini, kami turut melaporkan bahawa motosikal berkenaan sedang giat menjalani ujian jalan raya disini.

Google ads
Back to top button