
2 JENTERA MISTERI TOYOTA BUAT KEJUTAN DI FESTIVAL GOODWOOD
Apabila Toyota mengumumkan barisan model yang akan dipersembahkan di Festival Kelajuan Goodwood 2025 pada akhir Jun 2025, Toyota langsung tidak menyebut bahawa mereka akan membawa kereta lumba GT3 baharunya.
Menyedari ia adalah peluang keemasan untuk pasukan Toyota, mereka membuat kejutan dengan membuat penampilan pertama kepada umum 2 buah jentera baru yang sedang dibangunkan oleh Toyota dengan dipandu secara bersahaja di litar Goodwood.
2 buah jentera yang dipandu tersebut memberikan gambaran bahawa terdapat 2 jentera berbeza lencan yang sedang dibangunkan oleh Toyota, namun buat masa ini ia masih lagi samar-samar samaada Toyota GR ataupun Lexus ataupun jentera yang dibngunkan khas untuk perlumbaan Le Mans.
Buat masa ini media meletakkan nama prototype yang dibangunkan oleh Toyota sebagai Lexus LFR, dan model ini telah pun dilihat sedang dipandu uji di litar Fuji Speedway di Jepun, Spa-Francorchamps di Belgium, Nürburgring di Jerman, dan baru-baru ini berhampiran Pikes Peak di Amerika Syarikat
Apa yang lebih menarik ialah Lexus LFR ini dipandu bersama-sama AMG GT generasi sebelumnya. Apabila 2 buah jentera ini berada di litar Goodwood Kini ia berada di UK, kita berpeluang untuk melihat lebih banyak lagi perbezaan antara 2 jentera yang ditayangkan.

Tanggapan awal kami, satu model untuk dipandu secara sah di atas jalan dan satu lagi model dibangnkan khas untuk perlumbaan dengan rekaan aero yang jauh lebih agresif, termasuk sayap belakang yang sebesar penyidai karpet.
Bunyi yang dihasilkan oleh enjin dan sistem ekzos kedengaran begitu mengujakan sekaligus menguatkan lagi khabar angin tentang enjin V-8 yang dipasang pada kentera. Kebanyakan deruman bunyi datang dari varian perlumbaan kerana varian sah untuk jalan raya tertakluk pada peraturan dan undang-undang
Varian perlumbaan juga menampilkan penyejukan yang lebih agresif dan kelihatan lebih lebar. Perubahan lain termasuk tingkap sisi ringan dan bukannya kaca tradisional, ekzos keluar sisi dan pengelap depan besar yang diletakkan tegak di tengah cermin depan.
Versi jalan raya tidak akan menjadi pengganti langsung kepada LFA berkuasa V-10 yang telah ditamatkan pengeluaran satu ketiak dulu. Sebaliknya, ia dijangka lebih merupakan pengganti kepada model Lexus RC F, walaupun yang jauh lebih bergaya
Toyota telah membangunkan supercar dan kereta lumba baharunya selama kira-kira tiga setengah tahun. Projek yang bermula pada Januari 2022, telah mengejutkan semua orang di Tokyo Auto Salon dengan pelancaran konsep GR GT3.
Toyota dan Lexus kekal menutup mulut mengenai kedua-dua kereta, tetapi laporan mencadangkan V-8 akan menampilkan sepasang pengecas turbo dan dan besar kemungkinan digandingkan dengan sistem hibrid. Dengan sistem turbo dan sistem hibrid moden, besar kemungkinan LFR akan mengatasi kuasa 553hp yang dihasilkan oleh Lexus LFA
Namun apa yang lebih menarik ialah kemasan dalaman model LFR ini telah mencapai tahap akhir pembangunan, dan terdedah secara tidak sengaja dari penstriman video. Imej yang terhasil disuntung dengan perisian Photoshop bagi meningkatkan kecerahan gambar
Walaupun bukan pasti ia adalah varian akhir untuk pengeluaran, namun kusyen menggunakan kerangka gentian karbon dan dibalut dengan kemasan merah nampak kelihatan sangat mewah. Apatah lagi konsol tengah yang menempatkan unit transmisi (kemungkinan automatik) turut dibalut dengan warna yang sama
Papan pemuka menampilkan dua warna iaitu hitam dan juga merah yang menempatkan skrin sentuh bersaiz besar dan barisan suis fizikal terletak di bawah skrin. Terdapat juga beberapa kemasan hitam piano dan lubang udara sisi heksagon yang terselit antara komponen utama.
Selain itu unit cermin pandang belakang adalah dari jenis digital, memaparkan rakaman daripada kamera menghadap belakang. Secara keseluruhan, kabinnya lebih terasa seperti kereta sport sebenar berbanding dengan Lexus RC F yang sepatutnya digantikan.



