Buletin

OLIVER SOLBERG MULA MENGUJI JENTERA RALLY1 SEBAGAI PERSEDIAN UNTUK BERAKSI DI ESTONIA MINGGU INI

Pemandu muda dari Sweden Oliver Solberg yang telah membuat pengumuman sebelum ini akan peluangnya yang hadir untuk memandu jentera Rally1, telah pun selamat menjalani sesi pandu uji jentera Toyota GR Yaris Rally1 sebagai persediaan untuk menghadapi Delfi Rally Estonia.

Peluang yang diperoleh Oliver Solberg itu menyifatkan peluang sesi pandu uji itu sebagai sesuatu yang hebat sepanjang hidupnya.

Sebagai rekod, pasukan Toyota Gazoo Racing telah memberikan peluang kepada pendahulu pungutan mata WRC2 2025 ini untuk menukar jentera GR Yaris Rally2 beliau dengan GR Yaris Rally1 bagi menyertai perlumbaan kerikil pantas di Estonia minggu ini. Ini menandakan penampilan pertama Oliver Solberg dalam Rally1 sejak beliau berkongsi jentera ketiga i20 N Hyundai semasa musim 2022, dan ini juga merupakan pemanduan sulungnya bersama dengan pasukan kilang Toyota Gazoo Racing.

Sesi pandu uji yang dilakukan pada minggu lepas itu ternyata membolehkan Oliver Solberg kembali merasai bagaimana kehebatan sebuah jentera Rally1 sebelum turun beraksi dalam perlumbaan sebenar minggu ini

“Yang pasti, saya berasa bersedia untuk kembali ke Rally1 dan untuk belajar dan mendapatkan pengalaman semula dan kembali ke tahap di mana ia adalah yang tertinggi dan belajar itu sekali lagi dan belajar untuk bertarung. Semuanya akan menjadi agak baharu tentang kereta serta pasukan yang sama sekali berbeza dan semuanya akan berbeza, tetapi sekurang-kurangnya ia akan menjadi masa yang baik untuk kembali, dan saya berasa bersedia. Ia adalah musim yang hebat setakat ini untuk mendapatkan pengalaman ini sekarang, ujar Oliver Solberg.

Selain daripada menjalani sesi pandu uji yang dilakukan di Finland, Oliver Solberg juga turut membuat persiapan penting dengan cuba mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan sepasukan baharu di Toyota Gazoo Racing seperti Elfyn Evans, Kalle Rovanperä, Sébastien Ogier, Sami Pajari dan juga Takamoto Katsuta.

Menurut Oliver Solberg beliau sempat berbual melalui panggilan telefon bersama sang lagenda, Sebastien Ogier untuk mendapatkan pandangan serta nasihat. Ternyata sedikit sebanyak ianya membantu Oliver Solberg untuk mendapatkan motivasi terbaik daripada sang lagenda.

Untuk rekod, keputusan Oliver Solberg di rali Estonia cukup baik apabila pernah memenangi perlumbaan dalam kelas Rally2 pada tahun 2019 dan 2020. Sudah tentu untuk aksi kali ini beliau juga mahukan keputusan yang baik.

BACA : OLIVER SOLBERG AKAN MEMANDU SEMULA JENTERA RALLY1. SEBASTIEN OGIER PULA AKAN BERAKSI DI FINLAND SEBAGAI PUSINGAN TAMBAHAN

BACA : OLIVER SOLBERG AKAN MEMANDU TOYOTA GR YARIS RALLY2 MUSIM HADAPAN

Google ads

B K

Back to top button