
CYCLE & CARRIAGE BUKA PUSAT SERVIS BAHARU DI BATU CAVES
Cycle & Carriage mengumumkan pembukaan pusat servis terbaharu khusus untuk kenderaan jenama PEUGEOT di Batu Caves, menandakan langkah penting dalam kerjasama strategik bersama Stellantis Malaysia.
Kemudahan baharu ini merangkumi keluasan 8,005 kaki persegi dan dilengkapi lima ruang servis serta lima ruang khas untuk kerja baik pulih badan dan cat.
Pelanggan turut disediakan dengan ruang menunggu yang moden dan selesa lengkap dengan minuman, tempat duduk santai dan akses Wi-Fi, membolehkan mereka berehat dengan tenang sementara menunggu kenderaan diservis.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage, Adrian Short, pembukaan ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk memberi pengalaman pemilikan terbaik kepada pelanggan, bermula dengan jenama PEUGEOT.
“Kami ingin memastikan setiap pelanggan menerima servis yang berkualiti tinggi sepanjang perjalanan pemilikan mereka,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo berkata, peluasan rangkaian pusat servis merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

“Kemudahan ini memperlihatkan komitmen bersama kami untuk menetapkan piawaian baharu dalam aspek servis selepas jualan,” katanya.
Sempena pembukaan pusat servis ini, pelanggan yang membuat temu janji servis sepanjang bulan Julai akan menerima pemeriksaan bateri, pemeriksaan sistem penghawa dingin, diagnostik DiagBox, pemeriksaan 30 poin keselamatan, cucian kereta serta hadiah istimewa secara percuma.
Cycle & Carriage turut mengadakan jualan unit demo PEUGEOT 3008 terpakai bermula dari RM108,000 di bilik pameran mereka di Cheras dan George Town.

Semua kenderaan ini datang dengan perbatuan rendah, waranti hingga tahun 2031, diservis sepenuhnya di pusat servis sah, dan menjalani pemeriksaan rapi sebelum diserahkan kepada pembeli.
Pusat servis Cycle & Carriage Batu Caves beroperasi dari Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 5 petang), dan Sabtu (8 pagi hingga 12 tengah hari). Ia ditutup pada hari Ahad.
Untuk maklumat lanjut, layari www.cyclecarriage.com.my atau hubungi chatbot WhatsApp di +6012-6202042.





