
UMWT REKOD JUALAN 7,929 UNIT PADA MAC
Prestasi UMW Toyota Motor (UMWT) terus menunjukkan pertumbuhan positif apabila syarikat berjaya menjual sebanyak 7,929 unit kenderaan pada bulan Mac.
Angka ini melonjakkan jumlah keseluruhan jualan bagi suku pertama tahun 2025 kepada 19,944 unit, satu pencapaian yang mengukuhkan lagi kedudukan jenama Toyota di pasaran automotif tempatan.
Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan konsisten daripada pengguna, khususnya terhadap model-model yang menampilkan teknologi hibrid elektrik (HEV).

Antara model paling menyerlah dalam segmen HEV ialah Toyota Corolla Cross, yang sejak dilancarkan pada 2021, telah menyumbang lebih 23,000 unit dalam jualan domestik.
Model ini menjadi lambang kepada pendekatan UMWT dalam menyediakan solusi mobiliti pintar yang memenuhi gaya hidup moden serta aspirasi pengguna terhadap kenderaan yang lebih cekap tenaga dan praktikal.
Tawaran Raya “A Festive Homecoming” Menanti Pelanggan
Sempena sambutan Aidilfitri, UMWT melancarkan kempen promosi eksklusif “A Festive Homecoming” yang menawarkan penjimatan sehingga RM9,500 serta pakej pembiayaan fleksibel bermula dari RM658 sebulan.
Turut ditawarkan ialah pelan penyelenggaraan “With the Service” dengan bayaran serendah RM33 sebulan, direka untuk memberikan ketenangan dan jaminan prestasi berpanjangan kepada pemilik Toyota.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan barisan kenderaan yang ditawarkan, layari laman rasmi Toyota Malaysia di www.toyota.com.my.