MAZDA3 KONSEP DIPERTONTONKAN SECARA EKSKLUSIF DI BERMAZ AUTO SHOWCASE
Bermaz Motor Trading Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Mazda di Malaysia, mempersembahkan pratonton eksklusif prototaip Mazda3 Concept di acara Bermaz Auto Showcase.
Dibangunkan oleh Divisyen MazdaSports di bawah Bermaz, model konsep ini merupakan evolusi rekaan baharu yang berani, diinspirasikan daripada Mazda3 MS Edition 2016, tetapi kali ini dengan pendekatan lebih moden dan fokus sepenuhnya kepada pemandu.
Mazda3 MS Edition yang dilancarkan sembilan tahun lalu dikenali kerana penampilan sporty dan keupayaannya membangkitkan semangat dalam kalangan peminat jenama tersebut.
Kini, prototaip Mazda3 Concept 2025 membawa semangat yang sama dengan pendekatan lebih mendalam terhadap falsafah Jinba-Ittai sambil mempamerkan interpretasi lebih segar terhadap bahasa rekaan Kodo.

Menyerlah dengan gabungan prestasi dan estetika, Mazda3 Concept dipasang dengan rim Enkei Tuning SC22 berwarna Matte Gunmetal yang bukan sahaja menyerlahkan rupa, tetapi juga meningkatkan kestabilan serta cengkaman.
Dipadankan bersama pad brek Endless Super Street S-Sports, sistem brek ini menjanjikan kawalan mantap, ketahanan tinggi terhadap kepanasan, dan keselesaan sepanjang pemanduan.
Kit badan khas berwarna piano black menambah lagi aura agresif Mazda3 ini, manakala spoiler belakang baharu direka semula untuk meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi.
Selain itu, tip ekzos bersaiz besar dan front strut bar dengan ukiran “MS” pula memberikan sentuhan prestasi yang menonjol.

Masuk ke ruang dalaman, tempat duduk disalut suede dengan jalur merah di tengah menyerlahkan imej sporty sambil kekal selesa untuk pemanduan harian. Stereng pula dibalut suede, memberi cengkaman lebih baik untuk pemanduan.
Bukan itu sahaja, pelekat vinil eksklusif di bahagian luar dan dalam mengikat keseluruhan rekaan dengan sentuhan peribadi yang penuh gaya.
Dengan talaan semula pada casis dan suspensi, Mazda3 Concept ini menjanjikan pemanduan yang lebih responsif dan selesa. Pemilihan bahan premium serta perhatian terhadap perincian menyerlahkan kualiti yang sinonim dengan jenama Mazda.

Mazda3 Concept akan dipamerkan secara eksklusif di Bermaz Auto Showcase, memberikan pengunjung peluang istimewa untuk melihat sendiri hala tuju masa depan Mazda.
Lokasi Pameran Mazda3 Concept: Bermaz Auto Showcase
1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
- Venue: LG Oval Concourse
- Tarikh: 10 – 13 April 2025
- Masa: 10:00 pagi – 10:00 malam
Queensbay Mall, Pulau Pinang
- Venue: G Floor Main Atrium
- Tarikh: 16 – 20 April 2025
- Masa: 10:00 pagi – 10:00 malam
GALERI:










