Motosikal

VESPA GTS 300 HPE – MODEL GTS PALING BERKUASA SETAKAT INI, 23.5BHP!

Piaggio baru-baru ini mendedahkan perincian model Vespas GTS 300 HPE yang disifatkan sebagai model GTS paling berkuasa pernah dihasilkannya setakat ini. 

Kehadirannya melengkapkan lagi rangkaian model GTS tahun 2019 yang kini terdiri daripada Vespa GTS, GTS Touring, GTS Super, GTS SuperSport dan Vespa GTS SuperTech.

GTS 300 HPE dijana oleh enjin HPE selinder tunggal i-get yang mampu menjana kuasa mencecah 23.5bhp.  Enjin itu menggunakan ECU Magnet Marelli yang membolehkannya mematuhi piawaian emisi Euro5. 

Selain peningkatan kuasa sehingga 12 peratus berbanding motosikal berkapasiti lebih besar, jentera itu turut menerima gayaan terkini bagi mengekalkan penampilan moden klasik Vespa. 

Pembeli pasti berpuas hati dengan kerangka badan besi sepenuhnya, lampu LED dan pelana baharu. Tidak ketinggalan, madgad hadapan dan motif sarang lebah pada bahagian sisinya. 

GALERI

Google ads
Back to top button